Connect with us

Oh! Media

Elak Kekeliruan, Ini Cara Bezakan Restoran Mamak Muslim Dengan ‘Fake’

Oh! Lifestyle

Elak Kekeliruan, Ini Cara Bezakan Restoran Mamak Muslim Dengan ‘Fake’

Umum mengetahui, restoran mamak merupakan premis makanan yang popular untuk dijadikan tempat untuk lepak ataupun menjamu selera.

ADVERTISEMENT

BACA: Segelintir Restoran Mamak Di Seluruh Negara Bakal Gulung Tikar?

Ia seakan-akan sudah sebati dengan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Terutama sekali restoran ini mudah didapati di mana-mana di segenap negeri.

Istilah mamak itu sendiri adalah daripada pekerja atau pemilik premis itu yang terdiri daripada orang India yang beragama Islam. Namun, terdapat juga restoran mamak yang bukan daripada muslim dan rata-ratanya orang beragama Hindu dan hanya bertopengkan agama untuk berniaga.

Ia seakan-akan memberikan kesan kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam. Sudah semestinya mereka inginkan makanan yang berstatus halal dan diuruskan oleh orang islam sendiri. Jadi, ini cara bagaimana cara membezakan restoran mamak muslim dengan Hindu.

1. Mamak ‘fake‘ kebiasaannya tutup ketika hari Deepavali

Seperti yang kita ketahui, setiap perayaan bagi setiap agama, premis yang diuruskan oleh mereka kebiasaanya akan ditutup. Contoh seperti orang melayu akan menutup kedai pada hari raya Aidil Fitri dan sama bagi perayaan kaum cina.

Ia mungkin akan sama seperti agama Hindu yang akan menutup premis mereka setiap kali sambutan Deepavali bagi menyambut perayaan dan meluangkan masa bersama keluarga.

Bagaimanapun, cara ini tidak sentiasa betul kerana ada kalanya pemilik restoran tersebut akan tutup kedai oleh sebab-sebab tertentu seperti memberikan cuti kepada pekerja ataupun berehat selepas penat berniaga.

2. Kenal pasti jika ada hidangan lembu

Antara cara yang paling berkesan untuk mengenal pasti mamak yang ‘fake’ adalah dengan melihat atau bertanya akan menu yang berkonsep lembu kepada pekerja restoran.

Seperti yang kita ketahui, lembu merupakan tuhan bagi menganut agama Hindu dan selalunya amat mustahil untuk mereka menghidangkan ia kepada orang ramai.

Adakalanya, restoran mamak muslim akan menghidangkan menu lembu dalam hidangan mereka. Jadi tak hairanlah jika restoran mamak yang kita kunjungi terdapat menu tersebut.

3. Beri lafaz ‘Assalamualikum’ kepada pekerja

Lazimnya jika kita beragama Islam, memberi atau menjawab salam merupakan salah satu yang diutamakan jika ingin memulakan serta mengakhiri perbualan dengan seseorang.

Ada kalanya juga pemilik restoran mamak merupakan seorang muslim, namun segelintir pekerja-pekerja mereka mungkin bukan muslim. Jika mereka tergagap-gagap untuk menjawab salam, ia petanda menghindarkan diri dari tempat tersebut.

Namun, kita juga perlu berhati-hati melihat akan penampilan mereka kerana kebanyakkan hanyalah berperwatakan muslim seperti bersongkok. Segelintir restoran mamak muslim juga gemar mengambil pekerja dari kalangan Hindu.

Bagaimanapun, cara ini dilihat lebih berkesan dan amat mustahil seorang beragama Islam tidak fasih untuk menjawab salam. Jika lebih menginginkan kepastian, cuba test pekerja atau pemilik mereka membaca surah Al-fatihah. Kalau tak boleh juga, memang sahlah pekerja bukan Islam.

4. Restoran mamak muslim kebiasaanya akan tutup untuk solat jumaat

Sebagai umat Islam, menunaikan solat Jumaat adalah perkara wajib dan perkara itu dituntut dalam agama. Jika gagal menunaikannya tanpa sebarang alasan, maka berdosalah mereka.

Sama seperti situasi di restoran mamak, jika mereka dari kalangan muslim, sudah semestinya premis mereka akan memberikan ruang pada waktu itu bagi memberi kelonggaran kepada pekerja untuk menunaikan solat.

Selain itu, kita juga jangan mudah terpedaya dengan hiasan seperti kalimah Al-Quran, Gambar Kabbah atau masjid kerana ia merupakan cara mereka (Mamak ‘fake’) untuk menambat kepercayaan kita untuk makan di kedai tersebut.

5. Semak nama restoran di website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)

Jika ingin lebih kepastian, kita juga boleh menyemak nama restoran tersebut di website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

Hal itu kerana PRESMA merupakan persatuan induk bagi setiap pengusaha mamak muslim. Dalam laman web itu juga, disertakan sekali dengan data keahlian mereka di seluruh negara.

Walaubagaimanapun, terdapat juga restoran yang gagal mendaftar keahliannya kepada PRESMA. Oleh itu, kita perlulah lebih berhati-hati dengan mengikuti semua cara diatas.

Demikian sahajalah cara-cara untuk mengenal pasti restoran mamak muslim dengan mamak Hindu. Terdapat banyak cara yang boleh kita buat dan boleh merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, perkongsian ini dibuat bukanlah ingin bersikap racist, namun hanya ingin memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam agar berhati-hati dalam memilih premis untuk menjamu selera.

Oleh itu, semoga cara ini mampu memberikan manfaat buat kita semua supaya tidak timbul perasaan waswas jika ingin mengunjungi sesebuah premis.

Kredit: Afyan Mat Rawi IFP

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas