Connect with us

Oh! Media

Segelintir Restoran Mamak Di Seluruh Negara Bakal Gulung Tikar?

Trending

Segelintir Restoran Mamak Di Seluruh Negara Bakal Gulung Tikar?

Umum mengetahui, restoran mamak sudah sebati dengan budaya Malaysia kerana ia boleh didapati di merata tempat di negara ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Mudahnya Buat Roti Canai Rangup & Flaky Macam Mamak, Semua Orang Pun Boleh Buat!

Restoran ini juga terkenal sebagai kawasan lepak kepada semua peringkat masyarakat Malaysia sekaligus mengabungkan pelbagai budaya serta sebagai lambang kerharmonian sesama kaum.

Bertanya tentang menu yang wajib dijamah, sudah semestinya hidangan nasi kandar serta roti nan akan menjadi makanan paling popular dipesan oleh masyarakat.

Restoran mamak bakal gulung tikar?

Namun terdapat satu perkhabaran duka bagi pencinta restoran mamak apabila sebahagian daripada premis itu bakal tidak beroperasi lagi.

Hal itu selepas pengusaha restoran mamak di seluruh negara kini tertekan dengan segelintir daripada mereka berisiko gulung tikar akibat kekurangan pekerja.

Seperti yang kita ketahui, lebih dari 40 peratus pekerja asing yang terdiri daripada warga India, Bangladesh dan Indonesia telah pulang ke negara asal sejak tahun lalu.

Menurut Timbalan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Harrisrajudin Alaudin, pihaknya menerima pelbagai laporan daripada pengusaha mamak yang menyatakan tentang kekurangan pekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, masalah itu sema­kin meruncing kini dan ternyata menjejaskan operasi perniagaan restoran sehingga ada yang turut terpaksa menutup premis atau gulung tikar.

Tambahnya lagi, sejak dine in telah dibenarkan, pelanggan di restoran itu dilihat semakin meningkat dan faktor kekurangan pekerja menyebabkan premis itu tidak dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

Buka peluang kepada warga tempatan untuk bekerja

Selain itu, disebabkan kekurangan pekerja, warga tempatan juga boleh mendapatkan kerja di premis itu. Namun ia mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan daripada mereka.

Minggu lalu, Persatuan Pe­ngusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengadakan sesi temu duga terbuka bagi mengisi kekosongan.

Namun, sambutan warga tempatan amat mengecewakan walaupun ditawarkan gaji ­lumayan.

Bagi menyelamatkan ekonomi bagi sektor berkenaan, Harrisrajudin turut menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan kebenaran membawa masuk warga asing ke negara ini mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kredit: Kosmo!

Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas