Connect with us

Oh! Lifestyle

Belayar Atas Samudera Langkawi, Ini Pakej ‘Low Budget’ Kapal Cruise Dr G Paling Menarik!

Untuk pengetahuan ramai, Oh! Media baru sahaja bercuti ke Langkawi pada hari raya yang lalu. Ha, orang cuti nak raya kami di sini cuti berjalan-jalan pula hehehe.

BACA: “Kot Orang Langkawi Tak Pernah Tengok” – Founder Bawa Lamborghini Masuk Pulau Dikecam

IKLAN

Di sana, kami telah menaiki satu kapal cruise yang sangat hebat bagi menikmati pemandangan laut dan pulau yang indah terdapat di Langkawi. Kapal cruise apa itu? Jom, kita check!

Dr G Cruise Langkawi

Kapal layar yang dinaiki oleh kami merupakan salah satu perkhidmatan daripada Dr G Cruise Langkawi. Sambil menikmati pemandangan yang indah, Oh! Media juga turut disajikan dengan makanan yang lazat oleh anak kapal. Wow hebatnya! Tapi, agaknya kenapa dinamakan sebagai Dr G eh?

langkawi

Dr G atau dikenali sebagai Dr Gafoor merupakan seorang Pakar Bedah Am dari Island Hospital Pulau Pinang. Beliau merupakan pakar dalam pembedahan laparoskopi bariatrik. Jadi buat di luar sana yang ingin kecilkan perut, boleh hubungi Dr G untuk maklumat lanjut. Ingat kurus, ingat Dr G!

Tapi, apa yang membuatkan Dr G beralih dari bidang perubatan ke kapal pelayaran? Kalau nak tahu Dr G melakukan perkhidmatan ini bagi membenarkan orang ramai merasai sendiri perasaan menaiki kapal cruise dengan harga yang rendah namun masih mendapat layanan seperti menaiki kapal layar yang mewah.

Pakej yang disediakan

langkawi

Kapal cruise milik Dr G ini mempunyai pelbagai pakej pelayaran yang ditawarkan. Dilengkapi dengan ruang yang selesa, set hiburan karaoke dan jakuzi laut, korang boleh dapat pakej ini bermula dengan harga RM180/pax sahaja tau!

Buat mereka yang mahu menikmati pemandangan matahari terbenam, korang boleh dapatkan pakej yang sama buat sesi petang dengan harga RM220/pax sahaja. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual berikut:

langkawi
Pakej Pagi
langkawi
Pakej Petang

Kalau korang rasa nak buat acara peribadi seperti sambutan hari lahir, hari keluarga atau ulang tahun perkahwinan di atas kapal layar, korang juga dibenarkan untuk menyewa keseluruhan kapal juga tau!

langkawi
langkawi

Dengan harga RM3,000 korang boleh menyewa keseluruhan kapal dan mampu memuatkan sehingga 36 orang pada satu masa. Psst, bayaran yang dikenakan ini lengkap dengan semua aktiviti dan makanan yang cukup untuk semua ya.

Tempahan kapal ini dibuat secara ‘first come, first serve’. Untuk elak daripada kehabisan slot, korang boleh melayari Dr G Cruise Langkawi bagi membuat tempahan. Jangan lupa, ingat cruise ingat Dr G!

Kredit: Dr G Cruise Langkawi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas