Connect with us

Oh! Media

Berapa Banyak ‘Nasib Baik’ Yang Selamatkan Kita Setiap Hari?

Trending

Berapa Banyak ‘Nasib Baik’ Yang Selamatkan Kita Setiap Hari?

“Fuh… nasib baik.”

Ayat ini mungkin antara ayat yang paling kerap kita sebut tanpa sedar. Nasib baik sempat brek. Nasib baik tak tergelincir. Nasib baik motor itu sempat mengelak.

Lepas semuanya berlalu, kita tarik nafas lega, gelak kecil dan teruskan rutin seperti biasa.

IKLAN

Namun pernah tak kita berhenti sekejap dan fikir… berapa kali sebenarnya ‘nasib baik’ menyelamatkan kita dalam sehari?

Kadang-Kadang, Kemalangan Hanya Dipisahkan Beberapa Saat

Bayangkan situasi ini.

Korang tengah dalam perjalanan menuju ke kereta selepas membeli-belah. Tiba-tiba sebuah kereta mengundur tanpa menyedari korang berada di belakang. Tapi nasib baik pemandu kereta tu sempat tekan brek.

Atau ketika hujan, kaki korang hampir tergelincir di kaki lima yang licin. Confirm jantung korang macam tersentap, mujur korang sempat seimbangkan badan.

Bagi yang driving pula, mesti pernah melalui detik kereta dari arah bertentangan memasuki lorong sehingga menyebabkan korang terpaksa mengelak dan hampir terbabas.

Semuanya berakhir dengan satu ayat yang sama.

“Nasib baik.”

Hakikatnya, setiap situasi ini ialah close call iaitu keadaan yang hampir bertukar menjadi kemalangan sebenar.

Bila Selamat, Kita Cepat Lupa Risiko Yang Baru Berlalu

Gambar sebenar rakan penulis yang mengalami kemalangan luar waktu bekerja

Dah namanya pun manusia. Bila tiada apa yang berlaku, kita mudah menganggap semuanya sudah selesai.

Sedangkan jika keadaan berubah sedikit sahaja, beberapa saat lebih lambat, jalan lebih licin atau kenderaan bergerak lebih laju, mungkin ceritanya sudah berbeza.

Ramai beranggapan kemalangan hanya berlaku kepada orang lain. Tetapi realitinya, kebanyakan kemalangan berlaku ketika kita sedang menjalani rutin yang paling biasa.

Pergi kerja.

Hantar anak ke sekolah.

Keluar makan tengah hari.

Joging di taman.

Tengah mengemas rumah

Atau sekadar singgah membeli barang keperluan.

Risiko Tidak Pernah Mengikut Waktu Pejabat

Bila bercakap tentang perlindungan, ramai terfikir yang kita sentiasa dilindungi terutamanya waktu bekerja.

Hakikatnya, sekitar 15  jam lagi dalam sehari, masa kita sebenarnya dihabiskan di luar pejabat. Ketika memandu pulang membeli barangan rumah, balik kampung bercuti bersama keluarga, bersukan atau, mimpi sehingga terjatuh dari tempat tidur (katil) serta pelbagai perkara yang tidak dijangka masih boleh berlaku.

Sebab itulah risiko tidak mengenal masa. Ia boleh berlaku pada bila-bila sahaja.

Jangan Tunggu Sehingga ‘Nasib Baik’ Tidak Menyebelahi Kita

Perkeso 4
Gambar sebenar pencarum yang kemalangan di luar waktu bekerja

Tiada siapa mampu menjangka bila kemalangan akan berlaku.

Apa yang kita mampu lakukan ialah memastikan diri lebih bersedia jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Ramai mungkin tidak tahu yang PERKESO sekarang dah ada Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam), yang memberi perlindungan kepada pekerja yang layak sekiranya mengalami kemalangan di luar waktu bekerja. 

Ini bermakna perlindungan bukan hanya ketika berada di tempat kerja, tetapi juga ketika menjalani rutin harian seperti memandu, bersukan, membeli-belah atau melakukan aktiviti bersama keluarga.

Akhirnya, kita semua berharap agar “nasib baik” sentiasa menyebelahi kita.

Ni Ohmedia nak pesan sikit, ada kala bersedia lebih baik daripada hanya bergantung kepada nasib semata-mata.

Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang LINDUNG 24 JAM layari: https://www.perkeso.gov.my/skim-kemalangan-bukan-bencana-kerja-lindung-24-jam.html.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas