Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Masuk Peringkat Antarabangsa, Qari Cilik Melaka Ini Mampu Buat Ketua Juri Menangis

20230327 111746 0000

Oh! Islam

#RENUNGAN Masuk Peringkat Antarabangsa, Qari Cilik Melaka Ini Mampu Buat Ketua Juri Menangis

Baru-baru ini, seorang ketua juri sebuah program pertandingan bacaan Al-Quran berasa sebak setelah mendengar alunan bacaan oleh seorang qari cilik.

BACA: #RENUNGAN “Masih Anak Kandung” – Ibu Ini Tetap Menerima Anak Meski Berbeza Pendapat Agama

Qari cilik dari Melaka, Ahmad Azfar Azraie telah mewakili Malaysia bagi pertandingan tersebut yang diadakan di Algeria.

IKLAN

Bacaan qari

@wanghakimi

sehinggakan juri tersohor mengalirkan air mata. Tahniah Adik Ahmad Azfar Azraie. #CapCut

♬ original sound – Wan Hakimi – Wan Hakimi

Satu video tular di TikTok memaparkan Azfar berjaya menyentuh hati ketua juri, Sheikh Ahmad Isa Al-Ma’syarawi menerusi bacaan Al-Qurannya.

Screenshot 20230327 115800 tiktok

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen sempat memuji bakat adik Azfar dan mendoakan agar dirinya dapat menjadi seorang qari yang terkenal seperti bapanya, Ustaz Azraie Abdu Hak.

Kelebihan baca Al-Quran

Image 206

Melihat alunan merdu Azfar membaca Al-Quran, sudah semestinya kita akan terfikir kelebihan membaca kitab Allah SWT ini, bukan? Hari ini, Oh! Media telah menyenaraikan lima kelebihan membaca Al-Quran buat informasi semua.

  1. Individu yang mempelajari dan mengajar Al-Quran kepada orang lain adalah amalan yang paling baik (Hadis Uthman bin Affan).
  2. Individu yang membaca Al-Quran dan berasa sukar untuk menyebut ayatnya akan menerima dua pahala (Hadis Aisyah R.A).
  3. Seseorang yang fasih dalam bacaan Al-Quran lebih layak untuk menjadi imam solat Jemaah (Hadis Ibnu Mas’ud).
  4. Sesungguhnya Allah SWT memartabatkan golongan pembaca Al-Quran (Hadis Umar bin AL-Khattab).
  5. Al-Quran akan menjadi pembela buat pembacanya kelak di akhirat (Hadis Nawwas bin Sam’an).

Oleh itu, jom kita pertingkatkan amalan di bulan Ramadan ini dengan membaca Al-Quran.

Kredit: Kosmo | TikTok | Islamika

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas