Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN “Masih Anak Kandung” – Ibu Ini Tetap Menerima Anak Meski Berbeza Pendapat Agama

Oh! Islam

#RENUNGAN “Masih Anak Kandung” – Ibu Ini Tetap Menerima Anak Meski Berbeza Pendapat Agama

Meskipun mempunyai pendapat dan perfahaman yang berbeza dari sudut agama, pasangan ibu anak ini tetap mempunyai hubungan yang erat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dia Dah Ke Dunia Abadi, Tarik Kami Ke Syurga Ya” – Ibu

Terbaru M Muniamah, ibu kepada Muhammad Mikhael Sathayah tetap mengaku lelaki tersebut merupakan anaknya walaupun berbeza agama.

Anak yang sama

anak

Menurut ibu berusia 72 tahun itu, agak sukar untuk menerima keputusan anak kesayangannya menukar agama. Namun dirinya tetap berlapang dada menerima anaknya seadanya.

Tetapi jika dia gembira saya juga gembira kerana sebelum ini anak tidak gembira dan selalu susah hati. Jadi jika itu pilihannya saya terima asalkan dia gembira dalam kehidupannya. Malah sehingga kini walaupun sudah menukar agama dia masih anak saya yang dulu, menyayangi dan menjaga kebajikan saya.

Dalam pada masa yang sama anaknya, Mikhael berkata Ramadan kali ini lebih bermakna apabila lebih ramai rakan di media sosial menyayangi ibunya serta lebih berpeluang untuk mendalami Islam.

Setiap tahun Ramadan adalah bermakna tetapi kali ini lebih bermakna kerana ramai yang menyayangi mak. Saya berterima kasih dengan semua doa serta sokongan diberikan kepada kami.

Sebelum ini, pasangan anak beranak ini menjadi tular di platform TikTok tentang video Mikhael yang berpakaian seolah-olah gangster tetapi rupanya ‘anak mak’.

Pedih pula mata ini, siapa yang potong bawang?

Kredit: Harian Metro | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas