Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Makruh Atau Tidak Solat Lipat Lengan Pakaian? Ini Penjelasan Mufti

Oh! Islam

#RENUNGAN Makruh Atau Tidak Solat Lipat Lengan Pakaian? Ini Penjelasan Mufti

Perbuatan melipat lengan pakaian biasa dilakukan oleh segelintir orang terutamanya semasa mengambil wuduk atas tujuan tidak mahu lengan pakaian terkena air.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, kita sering terlupa untuk menurunkan lipatan lengan setelah mengambil wuduk dan solat dalam keadaan lengan dilipat.

Selain dari bergerak melebihi tiga kali semasa solat, ramai tertanya adakah perbuatan melipat lengan pakaian semasa solat sah atau tidak.

Ramai masih tak tahu para ulamak telah bersepakat melarang solat dalam keadaan melipat lengan pakaian. Menurut Pejabat Mufti wilayah Persekutuan, hukumnya adalah makruh.

Penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan

Terdapat hadith dari para ulamak yang melarang solat dalam keadaan melipat lengan pakaian dan dikukuhkan dengan kesepakatan oleh dua orang imam iaitu Imam al-Bukhari dan Muslim.

Soalan: Apakah makna bagi hadith ini?

Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةٍ، لاَ أَكُفُّ شَعَرًا وَلاَ ثَوْبًا

Maksud: “Aku diperintahkan untuk melaksanakan sujud dengan tujuh anggota, serta janganlah menahan rambut dan tidak juga pakaian (tahan daripada sujud).”

Jawapan:Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

BACA: Solat Menghadap Ke Arah Tandas, Sah Ke? Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli

Di samping itu, terdapat hadith yang mengatakan perbuatan tersebut adalah makruh tanzih

Imam al-Nawawi (676 H) berkata:

اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى النَّهْيِ عَنِ الصَّلَاةِ وَثَوْبُهُ مُشَمَّرٌ أَوْ كُمُّهُ أَوْ نَحْوُهُ أَوْ رَأْسُهُ مَعْقُوصٌ أَوْ مَرْدُودٌ شَعْرُهُ تَحْتَ عِمَامَتِهِ أَوْ نَحْوُ ذَلِكَ فَكُلُّ هَذَا مَنْهِيٌّ عَنْهُ بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاءِ وَهُوَ كَرَاهَةُ تَنْزِيهٍ فَلَوْ صَلَّى كَذَلِكَ فَقَدْ أَسَاءَ وَصَحَّتْ صَلَاتُهُ

Maknanya: “Ulama bersepakat berkaitan larangan ketika solat dalam keadaan lengan pakaiannya bergulung atau berlipat atau yang sepertinya. Juga rambut kepalanya terikat atau diruapkan rambutnya yang dibawah serbannya atau sepertinya. Kesemua perkara ini adalah dilarang dengan kesepakatan para ulama dan ia adalah adalah termasuk di dalam makruh tanzih (tidaklah begitu berat). Sekiranya seseorang itu solat dalam keadaan yang sedemikian, maka dia telah mencacatkan solatnya (fadhilat solat) tetapi solatnya sah.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 209/4]

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H) berkata:

الْجُمْهُورُ فَإِنَّهُمْ كَرِهُوا ذَلِكَ لِلْمُصَلِّي سَوَاءٌ فَعَلَهُ فِي الصَّلَاةِ أَوْ قَبْلَ أَنْ يَدْخُلَ فِيهَا وَاتَّفَقُوا عَلَى أَنَّهُ لَا يُفْسِدُ الصَّلَاةَ

Maknanya: “Jumhur mengatakan makruh (melipat lengan) bagi seseorang yang ingin solat sama ada perbuatannya itu di dalam solat atau sebelum masuk ke dalam solat. Mereka juga bersepakat bahawa perbuatan tersebut tidak merosakkan (membatalkan) solat .” [Lihat: Fath al-Bari, 296/2]

Kesimpulannya, sah solat dalam keadaan melipat lengan tapi akan jadi makruh tapi jangan melakukan perbuatan melebihi tiga kali yang akan membatalkan solat.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas