Connect with us

Oh! Media

wadi anuar

Oh! Islam

#RENUNGAN Pakai Gincu Masa Puasa Batal Ke? Ini Hukumnya

Pemakaian gincu merupakan kosmetik utama yang sering dipakai bagi kaum wanita untuk tujuan berhias dan juga memastikan bibir tidak terlalu pucat atau pun kering.

BACA: #RENUNGAN Ini 5 Tips Mudah Untuk Tahan Lapar Dan Dahaga Ketika Puasa!

IKLAN

Pada bulan puasa selain tidak boleh makan dan minum, terdapat juga beberapa larangan lain yang tak boleh dilakukan di waktu siang seperti merokok, makan secara sengaja atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.

Hukum pakai gincu masa puasa, boleh ke?

Ramai juga yang ragu-ragu apakah hukum memakai gincu ketika bulan puasa. Menerusi ciapan yang dimuat naik di aplikasi X oleh Ustaz Wadi Annuar, beliau menyatakan memakai gincu ketika sedang berpuasa hukumnya makruh.

hukum

Jelasnya juga, pemakaian gincu dibimbangi boleh menyebabkan terjilat bibir atau menelannya sehingga membatalkan puasa.

Menerusi ciapan beliau, ramai mula memberikan reaksi lagi-lagi kaum wanita setelah mengetahui hukum tersebut. Ada yang mengatakan sekiranya tidak memakai gincu wajah akan kelihatan pucat.

Penjelasan dari bekas Mufti Wilayah Persekutuan

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri turut menjelaskan hukum wanita memakai gincu ketika berpuasa tidak membatalkan puasa selagi mana seseorang itu tak telan masuk sehingga ke dalam rongga.

Jika hanya sekadar dirasai di bibir maka masih tak membatalkan puasa.

Ini juga dikukuhkan lagi berdasarkan fatwa Ibn Abbas R.Anhuma:

لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya: Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki tekaknya dan dia sedang berpuasa.

Ini sama juga dengan seseorang yang nak rasa makanan yang dimasak pada bahagian lidah tanpa telan.

Jadi nak pakai boleh je cuma jangan melebih-lebih dan sampai membatalkan puasa.

Kredit: therakyatpost I Twitter: @ustazwadiannuar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Saya selaku digital hos separuh masa, editor, producer dan penulis artikel sampingan untuk tim video di Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas