Connect with us

Oh! Media

Isu Tangguh Umrah, Agensi Serah Memorandum Untuk Bantu Kerajaan Tangani Penularan Wabak

Oh! Islam

Isu Tangguh Umrah, Agensi Serah Memorandum Untuk Bantu Kerajaan Tangani Penularan Wabak

Sebelum ini kami melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telahpun membuat keputusan untuk menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu yang akan berkuatkuasa 8 Januari ini.

ADVERTISEMENT

BACA : “Ibadat Umrah Tangguh Demi Jaga Nyawa Rakyat” – Ismail Sabri

Hal ini disebabkan kerajaan bimbang akan penularan wabak Covid-19, tambah lagi dengan adanya varian baru iaitu Omicron yang akan merisikokan jemaah yang mengerjakan umrah disana nanti.

Atas sebab itu, sekumpulan pengendali umrah dan haji telah menyerahkan memorandum untuk meminta kerajaan menilai semula penangguhan tersebut kepada Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara semalam.

Mereka yang menggelarkan diri sebagai Gabungan Pengendali Haji dan Umrah Malaysia telah mengemukakan cadangan penyelesaian terhadap masalah tersebut dan akan bersatu bersama-sama kerajaan bagi membendung menyebaran wabak ini.

Kami tak bersetuju dengan penutupan umrah, jadi kami memberikan memorandum cadangan kepada PMO untuk (membolehkan umrah) dibuka. Tutup ini adalah jalan yang terakhir sebenarnya.

Kira-kira sebanyak 200 agensi pelancongan pengendali umrah dan haji yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan telah menandatangani memorandum tersebut dan seramai 40 wakil telah hadir menyerahkannya dengan menaiki bas ke PMO dan Istana Negara.

Pendekkan tempoh masa

Terdapat enam cadangan solusi yang diberikan bagi menangani masalah dan membolehkan ibadah itu dilaksanakan. Antaranya ialah memendekkan tempoh masa jemaah berada di Mekah dan Madinah kerana apabila terlalu lama berada di sana, mereka berpotensi untuk dijangkiti.

Pemerkasaan MySejahtera

Keduanya, kesesakan yang berlaku di KLIA merisikokan jemaah untuk dijangkiti apabila mereka perlu mengisi borang HSO dan borang ketibaan. Dengan pemerkasaan aplikasi MySejahtera, jemaah tidak perlu lagi mengisi borang-borang berkenaan kerana isi kandungannya adalah sama dan sekaligus dapat mengurangkan kesesakan disana.

Ujian Saringan

KKM juga boleh membuka Makmal Khas untuk Rapid Test bagi jemaah yang tiba. Setelah ujian dibuat, jemaah yang positif dan berisiko boleh terus diasingkan dan menjalani kuarantin.

Pemakaian Gelang Kuarantin

Proses pemakaian gelang dikatakan mengambil masa yang lama kerana kekurangan kakitangan KKM yang bertugas. Agensi ahli persatuan dan pengendali umrah juga bersedia menyediakan sumber manusia sekiranya dibenarkan bagi mempercepatkan proses dan ianya juga membuatkan jemaah tidak perlu berkumpul dalam tempoh yang agak lama.

Kenderaan ke lokasi kuarantin

Agensi umrah juga boleh menawarkan perkhidmatan kenderaan kepada jemaah yang terlibat kerana mempunyai jaringan dengan syarikat-syarikat pengangkutan seperti kereta sewa, bas dan van.

Tempat Kuarantin

Kerisauan pihak kerajaan kepada pematuhan SOP dan pemantauan pergerakan jemaah sepanjang tempoh kuarantin boleh diatasi dengan memperkasakan sistem pengawasan. Sebagai contoh sistem pemantauan pekerja yang digunapakai oleh bahagian Sumber Manusia di banyak syarikat untuk memantau pergerakan pekerja mereka.

Semoga dengan cadangan yang diberikan agensi Gabungan Pengendali Haji dan Umrah Malaysia ini dapat membantu kerajaan dan membatalkan penangguhan ibadah umrah. Apapun, semoga wabak ini dapat berakhir dengan segera agar kita semua meneruskan kehidupan seperti sebelum ini.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas