Trending
“Saya Mohon Maaf” – Wanita Ini Tampil Beri Penjelasan Isu Minta Bantuan Ketika Terkandas Di Jeddah
Wanita yang terkandas di Jeddah mohon sesiapa yang menyumbang menghantar mesej untuk tujuan ‘refund’.
Minggu lalu, tular di media sosial isu melibatkan seorang wanita bersama nenek dan 27 jemaah umrah dari Malaysia terkandas di Jeddah disebabkan ruang udara ditutup.
Isu menjadi lebih panjang apabila wanita berkenaan mendakwa tiada penginapan dan makanan disediakan menyebabkan dia terpaksa memohon bantuan dana daripada orang ramai.
BACA: Jemaah Wanita Dakwa Terkandas Tanpa Penginapan Dan Makanan Di Jeddah, Rupa-Rupanya Ada ‘Plot Twist’?
Namun, muncul pula dakwaan menyatakan pihak syarikat umrah dan syarikat penerbangan sebenarnya menyediakan hotel termasuk makan dan minum sepanjang tempoh terkandas.
Malah, tiket penerbangan juga disediakan tanpa sebarang bayaran.
Wanita ini nafi scammer, berasa cemas kerana tidak dimaklumkan status mereka
Terbaru, wanita dikenali sebagai Chayen tampil menjelaskan situasi di pihaknya. Menurut Chayen, dia berasa cemas dengan keadaan yang berlaku.
Dia berniat memberikan QR bank untuk membantu jemaah yang semakin kekurangan wang. Dia mengaku khilaf meminta bantuan kerana tidak tahu syarikat akan menanggung tiket pulang.
Wanita ini meminta maaf jika ada ‘mention’ pihak-pihak tertentu di video yang dimuat naik. Dia juga meminta maaf jika menyusahkan banyak pihak.
Saya betul-betul minta maaf kerana tidak berfikir panjang untuk membuat sesuatu perkara. Saya tak buat research yang lebih mendalam terhadap pros and cons di sebalik tindakan yang saya buat.
Jelasnya lagi, video pertama dimuat naik selepas pihaknya diberitahu syarikat umrah hanya menanggung penginapan dan makan minum selama dua hari je.
Diberitahu penginapan hanya ditanggung untuk 2 hari je
Dia mendakwa berasa panik kerana tidak dimaklumkan mengenai penerbangan dan status penginapan untuk hari-hari seterusnya.

Jelasnya lagi, selepas video pertama tular, dia menerima banyak mesej daripada orang ramai yang memohon nombor akaun bank.
Niatnya meletakkan QR bank hanyalah untuk membantu jemaah bukannya menipu seperti yang didakwa.
Wanita ini mempertahankan diri menyatakan para jemaah tidak mendapat sebarang maklumat daripada syarikat umrah tentang penerbangan pulang ke tanah air.
Berkenaan hotel, apabila kami para jemaah sudah mendapat arahan untuk keluar daripada hotel kami tidak mendapat jawapan daripada travel agency di mana kami akan tinggal esok. Tiada status tentang kediaman kami. Selepas saya beritahu dalam group bahawa Dr Akmal Salleh hubungi saya tanya keadaan kami di sini, barulah pihak travel agency beritahu kami tentang status tiket penerbangan di mana kami akan pulang pada esok hari. Syarikat juga akan menanggung penginapan dan makan minum kami sebelum pulang ke tanah air.
Chayen berkata dia langsung tidak menyentuh wang tersebut dan turut menyertakan screenshot jumlah yang diperoleh sekitar RM32,000.

Chayen memohon sesiapa yang menyumbang untuk menghantar mesej beserta resit bayaran untuk tujuan bayaran balik.
Alhamdulilah selepas penularan video saya, jemaah telah pun ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang sepatutnya.
Katanya lagi, pihak syarikat umrah perlu bertindak proaktif dan tidak membiarkan para jemaah tertanya-tanya mengenai status mereka.
Dia bagaimanapun mengaku ini adalah ujian buat dirinya dan langsung tidak berniat untuk menipu orang ramai.
Pssttt! Berdasarkan penjelasan, nampaknya sekadar salah faham dan miss communication je. Diharapkan sesiapa yang menyumbang dapat tuntut kembali wang mereka.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM