Connect with us

Oh! Media

Oh! Islam

Datuk Dr. Zulkifli Nafi Arah Fatwa Solat Jarak Untuk Kepentingan Sendiri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menafikan dakwaan beliau mengarahkan fatwa mengenai ibadah solat berjemaah dengan jarak atas kepentingan sendiri akan tetapi, ia adalah demi menghindarkan diri daripada dijangkiti penyakit merbahaya.

Hal itu diterangkan oleh beliau ketika menjadi panel dalam sebuah Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan di TV1 bertajuk Takut Allah atau Takut Covid-19.

IKLAN

Berhubung dengan kenyataan itu, beliau turut merujuk kisah mashyur Khalifah Ar-Rasyidin kedua, Umar Al-Khattab yang tidak memasuki wilayah Syam kerana mengetahui terdapat wabak dengan menyifatkan ia takdir yang perlu dijauhi.

Selain itu, beliau turut mendapatkan pandangan daripada ulama muktabar terkenal dari seluruh dunia termasuk Majlis Fiqh Antarabangsa dan Syeikh Al-Azhar yang sependapat dengan isu terbabit.

Ia termasuk pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid atau surau yang memerlukan penjarakkan dalam saf dan terdapat nas dalil Rasululah SAW sendiri mengenai larangan jika terdapat penyakit berbahaya.

Saya sendiri tanya ramai sahabat di negara-negara Arab dan mereka kata bukan pelik solat ada jarak waima di Mekah, Madinah, Mesir serta Indonesia pun buat yang sama.

Keputusan berhubung isu itu diputuskan oleh semua mufti dalam muzakarah fatwa peringkat kebangsaan sebelum diperkenankan Majlis Raja-Raja untuk pewartaan rasmi selain turut mendapat kesepakatan majoriti dariada ulama di luar negara.

Hal ini berhubung apabila terdapat pihak terutamanya masyarakat beragama islam mendakwa kononnya sesiapa yang takut akan wabak Covid-19 boleh membawa kepada jatuh hukum syirik.

Sebaliknya kenyataan itu dibidas oleh Dr. Zulkifli selain menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak menjejaskan akidah seseorang muslim.

Perkara takut Covid-19 tidak sama pengertian dari segi syarak daripada pemahaman lazim iaitu takut Allah kerana wabak itu bersifat makhluk yang ditakuti dengan cara dijauhi.

Mengulas daripada itu, Dr. Zulkifli menempelak pemahaman pihak tertentu termasuk agamawan yang masih mendakwa konon takut kepada Covid-19 bersifat bidaah dan dianggap berdosa sehingga menyebabkan masyarakat mempertikaikan SOP yang dibuat berkenaan dengan penjarakkan saf semasa solat berjemaah.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas