Connect with us

Oh! Media

Polis Kelantan Sedia Maklum Video Orang Ramai Berebut Ikan 10 Sen Seekor

Ohmedia mydin kelantan

Trending

Polis Kelantan Sedia Maklum Video Orang Ramai Berebut Ikan 10 Sen Seekor

Viral hari ni dekat TikTok video orang ramai berpusu-pusu datang ke pasar raya terbesar Mydin di Kelantan yang baru sahaja dirasmikan di Tunjong. Bagaimanapun, satu video tersebar menunjukkan orang ramai menghiraukan pematuhan SOP semata-mata ingin mendapatkan ikan mabong 10 sen seekor.

Video yang tersebar itu mendapat perhatian Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali dan mendapati ia berlaku sebaik sahaja selesai majlis perasmian.

Pihak pengurusan terpaksa hentikan jualan 10 minit kemudian

Semakan mendapati berlaku perkumpulan pelanggan di tempat jualan disebabkan orang ramai berebut untuk mendapatkan ikan mabong yang dijual dengan harga 10 sen seekor.

Kejadian itu berlaku sebaik sahaja selesai majlis perasmian pembukaan pasar raya berkenaan dan ia berlangsung lebih kurang 10 minit sebelum tindakan menghentikan jualan terbabit dilakukan oleh pihak pengurusan

Suhaimi bagaimanapun berharap agar orang ramai tidak berkongsi video terbabit dan menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP ketika berada di tempat awam.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas