Connect with us

Oh! Media

Kemenangan Untuk Kita Semua! Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Dibenarkan

rumah terbuka

Oh! Lifestyle

Kemenangan Untuk Kita Semua! Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Dibenarkan

Hari ini rakyat Malaysia dan orang Islam utamanya dapat menarik nafas lega selepas mendengar kelonggaran yang diberikan kerajaan selepas 2 tahun kita terpaksa meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama pandemik.

ADVERTISEMENT

BACA: “Boleh Simpan Phone Dalam Beg Dengan Tenang” – Tak Perlu ‘Scan’ MySejahtera, Netizen Luah Rasa Lega

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media sebentar tadi telah mengumumkan banyak kelonggaran dan antaranya adalah membenarkan rumah terbuka atau majlis Hari Raya Aidilfitri.

Ini bermakna sesiapa sahaja dapat kembali menjamu tetamu di hari raya di dalam bangunan dengan syarat masih perlu memakai pelitup muka. Jika berada di tempat terbuka, pelitup muka menjadi pilihan samaada mahu pakai atau tidak.

Penjarakan fizikal antara orang ramai juga tidak diperlukan lagi dan kita boleh bersalaman dengan kenalan tanpa rasa takut.

Tetapi anda perlu sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan jangan sentuh muka selepas bersalaman. – Nasihat KJ.

Raikanlah semangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan kesyukuran kerana Allah telah mengangkat wabak ini. Patuh SOP yang ditetapkan semoga kita semua terhindar dari sebarang penyakit.

Kredit: BERNAMA TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

30 Hari Paling Trending

Ke Atas