BinaBersama 1.0 yang dilancarkan pada Julai lalu, kini akan melabuhkan tirai bagi tahun 2020. Kalau korang masih ingat, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 yang lalu, ramai peniaga yang terjejas dan ini secara tidak langsung turut menjejaskan ekonomi negara.
Jadi iMedia Asia mengambil langkah pantas untuk membantu peniaga-peniaga ini dengan memberikan peruntukan RM500,000 berbentuk pengiklanan digital secara PERCUMA.
So, meh kami share sikit apa yang berlaku sepanjang kempen BinaBersama ni dijalankan.
Sambutan menggalakkan dari semua peringkat perniagaan
Yes, untuk pengetahuan semua team kami di iMedia Asia sangat teruja untuk membantu golongan sasar yang terjejas ni dan sepanjang tempoh kempen ni diperkenalkan, ramai yang apply untuk join tau.
Kalau boleh, kami nak bantu semua peniaga-peniaga ni tapi team BinaBersama masih perlu tapis dan fokuskan pada peniaga yang memang memerlukan bantuan.
Pengiklanan PERCUMA RM500,000 Diagihkan
Menerusi tiga platform milik iMedia Asia iaitu Oh! Media, Goody25 serta Ittify pada waktu itu, kami berjaya mengagihkan ruang iklan kepada peniaga-peniaga yang layak berbentuk penulisan artikel, video, serta posting media sosial oleh influencer.
Ini antara jenama-jenama yang turut serta dalam BinaBersama yang telah kami bantu.
Ini pula antara komen yang kami dapat daripada beberapa peniaga yang join program BinaBersama.
Tendon Kohaku
The Dapo Dungun
Ar Couture
Dazzling Ivy
Nyonya Kain
Tidak dinafikan meskipun insiatif ini telah diagihkan, beberapa perniagaan masih struggle untuk kekal dalam industri. Kami doakan tahun 2021 akan lebih baik dan menjadi satu titik permulaan untuk peniaga-peniaga bangkit semula.
BinaBersama kembali lagi tahun 2021?
Adakah BinaBersama akan kembali tahun 2021? Itu mungkin persoalan yang akan korang tanya sebab, tahun 2021 mesti semua orang mengharapkan sesuatu yang lebih baik.
Jadi kalau korang nak tau, stay tune sebab kami dimaklumkan iMedia Asia akan umumkan satu berita gembira buat peniaga-peniaga yang nak mulakan perniagaan atau majukan peniagaan ke level yang seterusnya. Mungkin boleh dapat pengiklanan digital PERCUMA lagi?
FollowOh! Media di semua platform digital kami untuk dapatkan update terkini mengenai kempen BinaBersama juga kempen kami yang lain.