Oh! Artis
“Demi Keselesaan Mata-Mata Saksi Ibu” – Syida Melvin Pindah Rumah Baharu Bersama Tiga Anak
Syida Melvin dipercayai berpindah ke rumah baharu bersama tiga anaknya demi keselesaan mereka, selepas kemelut rumah dengan bekas suami.
Intipati Berita
- Pelakon Syida Melvin dipercayai berpindah ke kediaman baharu bersama tiga anaknya.
- Menurut Syida, keputusan itu dibuat demi keselesaan anak-anak.
- Dia tidak mendedahkan sama ada rumah baharu itu disewa atau dibeli.
- Perpindahan ini berlaku selepas kemelut rumah dengan bekas suami, Shafiq Shaheen mencetuskan perhatian ramai awal bulan ini.
Pelakon Syida Melvin dipercayai berpindah ke kediaman baharu bersama tiga anaknya, sekali gus menarik perhatian ramai di media sosial.
Menurut laporan mStar, menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Syida, 29, dilihat menguruskan sendiri proses perpindahan dengan membawa beberapa barangan kelengkapan rumah ke kediaman tersebut.
Kenapa Syida Melvin pindah rumah?
View on Threads
Menurut Syida, keputusan untuk berpindah dibuat demi memberikan keselesaan kepada anak-anaknya.
Demi keselesaan mata-mata saksi ibu, Alhamdulillah.
Dalam video sama, ketiga-tiga anaknya kelihatan ceria sepanjang proses perpindahan, termasuk ketika melihat bilik baharu mereka yang sudah dilengkapi rumah patung.
Bagaimanapun, Syida tidak berkongsi secara terperinci sama ada kediaman baharu itu disewa atau dibeli.
Apa kata netizen?

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mendoakan agar Syida terus diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.
Ramai juga menyokong keputusannya untuk memulakan hidup baharu bersama anak-anak tanpa memanjangkan lagi konflik dengan bekas suami.
Apa yang berlaku sebelum ini?
Pada 10 November lalu, nama Syida menjadi perhatian selepas dia mengadakan siaran langsung di media sosial bagi mendesak bekas suaminya, Shafiq Shaheen keluar dari sebuah rumah yang didakwa dibeli atas namanya.
Susulan itu, kedua-dua pihak saling membuat pendedahan mengenai kemelut rumah tangga mereka sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Untuk rekod, Syida dan Shafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara setahun hingga tujuh tahun.
