Connect with us

Oh! Media

Netizen Tegaskan Dr. Fie Patut Semak CCRIS Suami Sebelum Kahwin, Ini Respon Tuan Badan

ohmedia ohmedia featured suami dr fie

Trending

Netizen Tegaskan Dr. Fie Patut Semak CCRIS Suami Sebelum Kahwin, Ini Respon Tuan Badan

Dr Fie tampil bersuara selepas suaminya, Kapten Khairul, menjadi perhatian netizen susulan dakwaan negatif yang tular di media sosial.

Intipati berita

  • Dr. Fie kembali menjadi perhatian selepas suaminya, Kapten Khairul, dikaitkan dengan beberapa dakwaan negatif di media sosial.
  • Dr. Fie berkongsi luahan hati mengenai ujian kehidupan dan mengingatkan orang ramai supaya kembali kepada Allah ketika berdepan tekanan.
  • Membalas komen netizen, Dr. Fie memberikan jawapan ringkas, “Done”, ketika ditanya mengenai pemeriksaan latar belakang suaminya sebelum berkahwin.
  • Tenegaskan bukan semua perkara perlu dijelaskan kepada umum kerana hanya Allah mengetahui keseluruhan cerita dan ujian yang dilaluinya.

Nama pempengaruh, Dr. Afifah Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie kembali menjadi perhatian selepas suaminya, Kapten Khairul, dikaitkan dengan beberapa dakwaan negatif yang hangat diperkatakan di media sosial.

Bagaimanapun, Dr. Fie dilihat memilih untuk tidak melayan kontroversi tersebut secara berlebihan. Sebaliknya, dia berkongsi luahan hati mengenai ketentuan Allah dan ujian yang sedang dilaluinya.

IKLAN

Dr Fie serahkan segalanya kepada Allah

Menerusi satu hantaran di media sosial, bekas isteri penyanyi dan usahawan, Nubhan itu berkongsi pesanan mengenai kepentingan kembali kepada Allah ketika berdepan tekanan hidup.

Apabila dunia dirasakan terlalu menekan, kembalikan hatimu kepada Allah. Dia Maha Mengetahui setiap perjuangan yang tidak pernah kamu lafazkan dan doa yang kamu bisikkan dalam kesunyian.

Terima kasih semua yang hadir ke majlis kami. Yang paling penting, terima kasih kepada ahli keluarga dari pihak saya dan pihak suami. Kami tidak mampu melakukannya tanpa anda semua.

Pertahankan suami, tak semua perkara perlu dijelaskan

Dr fie

Dalam masa sama, respons Dr. Fie ketika membalas komen netizen turut mencuri perhatian apabila dia dilihat tenang menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan.

Malah, dia turut membalas komen berkaitan latar belakang suaminya dengan jawapan ringkas.

“Done’ (selesai), sayangku (memeriksa latar belakang suami sebelum kahwin).

Dr. Fie turut menjelaskan bahawa bukan semua perkara dalam kehidupan perlu diterangkan kepada orang ramai kerana hanya Allah yang mengetahui keseluruhan cerita.

Bukan semua orang akan faham situasi di pihak anda, dan perkara itu tidak mengapa. Anda tidak perlu menjelaskan setiap babak dalam kehidupan anda. Allah Maha Mengetahui keseluruhan cerita.

Allah dah atur jodoh saya. Apa jua ujian Tuhan saya terima dan berdoa dapat lalui dengan hati yang tenang.

Ada perkara yang sangat berat untuk dijelaskan tetapi tidak pernah terlalu sukar untuk Allah fahami. Teruslah percaya dengan perancangan waktu-Nya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas