Connect with us

Oh! Media

REV Asia Berhad Serah Rancangan Regularisasi Susulan Pemerolehan iMedia

Wp Feature 1200 X 675 8

Umum

REV Asia Berhad Serah Rancangan Regularisasi Susulan Pemerolehan iMedia

REV Asia Berhad mengumumkan penyerahan usul rancangan regularisasi kepada Bursa Malaysia yang meliputi cadangan pengambilalihan iMedia Asia Sdn. Bhd. bersama anak-anak syarikatnya. Ini termasuklah cadangan terbitan hak dengan waran yang dilampirkan.

iMedia ialah sebuah kumpulan media digital bersepadu memfokuskan kepada kandungan, teknologi dan pemasaran pengaruh sosial (social influencer) dengan gabungan lebih daripada 15 juta pengunjung.

Voon tze khay imedia

Pelanggan iMedia merangkumi beberapa syarikat terbesar di rantau ini dan jenama utama di seluruh dunia, termasuk Shopee, Foodpanda, Huawei, dan Mcdonald’s. Syarikat ini juga telah menandatangani perkongsian dengan platform OTT utama seperti Viu, WeTV milik Tencent dan iflix untuk memperluas rangkaian pengiklanan videonya.

IKLAN

Pada tahun lalu, iMedia telah memperoleh empat laman web iaitu Oh! Media, Goody Technologies, Nara Media, Moretify dan Ittify. iMedia berazam untuk memperluaskan jangkauannya ke semua ruang iklan digital.

Whatsapp image 2021 01 13 at 40922 pm

Pengerusi REV Asia Berhad, Dato’ Larry Gan berharap iMedia dapat menikmati gelombang peningkatan pengguna digital yang tetap ekoran pandemik Covid-19.

Kami sangat gembira dapat mengambil langkah pertama untuk bekerjasama dengan iMedia membina perintis media digital, bukan hanya di Malaysia, tetapi seluruh rantau ini.

Setelah bergabung dengan REV Asia Berhad, iMedia akan mempunyai akses ke pasaran modal dan kecairan untuk mempercepatkan rancangan pemerolehan serta pertumbuhan dengan memberi penekanan utama kepada keuntungan.

Patrick grove at wild digital

Manakala, pengarah dan pemegang saham utama REV Asia Berhad, Patrick Grove melahirkan rasa bangga kerana iMedia telah membuat lima pengambilalihan dalam masa setahun.

Beliau kini lebih yakin dengan perkembangan perniagaan syarikat dan ianya sejajar dengan matlamat pemegang saham yang mahu menjadikan REV Asia Berhad sebagai sebuah syarikat media digital gergasi.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas