Connect with us

Oh! Media

Rindu Nak Travel Ke Japun! Tendon Kohaku Jadi Tempat Lepaskan Kerinduan

Branded

Rindu Nak Travel Ke Japun! Tendon Kohaku Jadi Tempat Lepaskan Kerinduan

Antara destinasi percutian yang pastinya dirindui rakyat Malaysia pastinya untuk ke Jepun. Tetapi. sejak dunia dilanda wabak, kebanyakan negara mengambil keputusan untuk menutup pintu masuk mereka bagi memastikan wabak ini tidak terus merebak.

Jadi macam mana kita nak ubat kerinduan ni?

Makanan sahajalah yang mampu mengubat semua kerinduan ini, sebab dengan makanan kita akan dapat throwback semula semua kenangan kita travel dulu. Jadi, Tendon Kohaku adalah salah satu tempat pilihan yang menyediakan makanan Jepun dan mampu memuaskan penggemar makanan asli Jepun, terutamanya korang yang sukakan Tempura atau Tendon.

Seronok dapat makan besar macam ni kan?

‘Kohaku’ ni sebenarnya seperti amber yang boleh dikatakan umpama permata yang berwarna kuning keemasan. Ia samalah macam Chicken Tendon, Prawn Tendon dan Kohaku Tendon ni yang dicelup ke dalam adunan keemasan.

Kalau korang nak tahu, Prawn Tendon adalah antara menu signature Kohaku Tendon sebab mereka hanya menggunakan udang segar dari Tiger Prawn yang sangat terkenal dengan saiz yang besar dan isinya pula berperisa.

Lebih menarik lagi bila Tendon Kohaku berjaya hasilkan tempura yang rangup, tidak berminyak dan berwarna keemasan. Tengok lah tu, menarik kan? Cicah pula dengan sos khas Tendon Kohaku ni yang pedas dan manis.

Tendon Kohaku ada dua buah cawangan dekat Malaysia yang terletak di Petaling Jaya Tropicana Gardens Mall (CC floor) dan Kuala Lumpur Lot10, J’s Gate Dining (Level 4).

Sepanjang PKPB ini juga, Tendon Kohaku masih beroperasi seperti biasa dan korang juga boleh dapatkan potongan sehingga 10% untuk setiap 1 bill yang tapau. Eloklah tapau jer waktu-waktu macam ni.

Untuk maklumat lanjut boleh terus ikuti Tenkon Kohaku di Facebook dan Instagram.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas