Connect with us

Oh! Media

‘Sabar Yang Panjang’, Rentas Negeri & Sektor Ekonomi Kembali Pulih Jadi Harapan Malaysia

BINA BERSAMA ECOWORLD X OM

Trending

‘Sabar Yang Panjang’, Rentas Negeri & Sektor Ekonomi Kembali Pulih Jadi Harapan Malaysia

Tahun 2021 bakal mencatatkan sejarahnya yang tersendiri, daripada sekatan merentas negeri paling lama hinggalah ke program vaksinasi besar-besaran.

ADVERTISEMENT

Pejam celik, pejam celik kita telah pun berada di suku keempat dan bakal membuka buku baru 2022. Walaupun tahun ini merupakan tahun yang sukar, tapi kita berjaya mengharunginya bersama sebagai sebuah ‘Keluarga Malaysia’.

Kebenaran rentas negeri bantu pulih ekonomi negara

Kebenaran merentas negeri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi petanda positif pemulihan ekonomi negara berada di landasan yang tepat dengan lebih banyak sektor akan mula beroperasi kembali, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengumuman ini turut menyaksikan Malaysia berjaya mencapai sasaran memastikan 90 peratus warganya mendapat vaksin yang diperlukan sebagai persiapan memasuki fasa endemik Covid-19.

Kempen Bina Bersama bantu pemasaran perniagaan tempatan

Dalam sama-sama melewati waktu yang sukar, satu kempen pemasaran digital, kerjasama di antara syarikat perumahan terkenal negara, EcoWorld dan iMedia Asia, Bina Bersama 2021 telah diperkenalkan, dengan peruntukan dana berjumlah sehingga 1 juta ringgit*. 

Bantuan pemasaran dalam bentuk pengiklanan ini diberikan kepada penyewa atau pembeli mana-mana unit kedai komersial, pusat membeli-belah serta perniagaan di EcoWorld yang layak dan membuat permohonan.

C:\Users\chisiang.a\Downloads\ZY-Photo-2020-11-27-00000052.JPG

Kempen ini diharap dapat membantu memperkenalkan lebih banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada umum. Selain itu, ia memperkenalkan lokasi terbaik di EcoWorld untuk usahawan yang mempunyai perancangan memulakan perniagaan atau masih tercari-cari lokasi yang sesuai dan strategik. 

Bagi yang tidak mengetahui, kempen Bina Bersama 2021 telah dilancarkan sejak awal tahun. Setakat ini, 90 peratus syarikat yang bertempat di EcoWorld telah mengambll bahagian untuk mendapatkan peluang pengiklanan.

Beberapa perniagaan terpilih juga telah dipromosikan di bawah platform iMedia Asia yang sesuai. Antaranya ialah perniagaan Wheel Riders Malaysia yang kini telah membuka cawangan terbaru di Eco Business Park III @ Pasir Gudang berhampiran dengan Taman Kota Masai Johor Bahru.

Dato’ Chang Khim Wah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia, Dato’ Chang Khim Wah, Bina Bersama merupakan satu initiatif hebat sejajar dengan hasrat EcoWorld untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggannya.

“Kita semua tahu pemasaran online adalah komponen penting untuk memulakan perniagaan dan program ini memberikan mereka peluang untuk meningkatkan keyakinan diri dan membuka jalan walaupun berdepan dengan cabaran beberapa tahun kebelakangan ini” kata Dato’ Chang.

Voon Tze Kay, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama iMedia

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama iMedia, Voon Tze Kay, mereka amat gembira menjalin kerjasama dengan EcoWorld dalam menjayakan kempen Bina Bersama selama hampir satu tahun.

“Sebagai usahawan kami memahami cabaran yang dihadapi dalam menghadapi situasi ekonomi yang sukar, ini adalah cara kami memberi kembali kepada perniagaan tempatan menggunakan aset media yang kami miliki. EcoWorld telah menjadi rakan kongsi yang hebat untuk kempen ini dan kami berharap lebih banyak kerjasama yang positif pada masa akan datang” kata Voon Tze Kay

EcoWorld bersama iMedia Asia ingin mengambil peluang yang diberikan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang memberi sokongan dan menyertai kempen Bina Bersama ini. Kami berharap bantuan yang diberikan oleh kempen ini dapat meringankan beban PKS lokal. 

Rebut slot pengiklanan terakhir bersama kami

Memandangkan ekonomi kini semakin pulih, para peniaga boleh mengambil kesempatan yang ada untuk mengubahsuai kedai, menambah cawangan dan kembali berurusan secara fizikal.

Bagi korang yang berminat untuk membuat pengiklanan bersama kami dan memenuhi syarat yang ditetapkan, tempoh pendaftaran akan terus dibuka sehingga hujung tahun ini. Tapi harus diingat yang tempat adalah terhad.

EcoWorld tidak pernah berhenti membantu para peniaga kerana mereka percaya ‘BERSAMA’ kita dapat mencipta masa depan yang lebih cerah untuk semua. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Bina Bersama 2021, korang boleh terus klik di SINI. 

*Tertakluk pada terma & syarat

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas