Connect with us

Oh! Media

“Tiada Niat Tembak Sesiapa” – Kamal Adli Mohon Maaf Jika Luahan Kisah Cerai Guris Hati Uqasha

ohmedia ohmedia featured kamal adli uqasha senrose

Oh! Artis

“Tiada Niat Tembak Sesiapa” – Kamal Adli Mohon Maaf Jika Luahan Kisah Cerai Guris Hati Uqasha

Kamal Adli memohon maaf kepada Uqasha Senrose sekiranya kenyataannya tentang fasa sukar selepas bercerai menimbulkan salah faham.

Intipati Berita

  • Kamal Adli memohon maaf secara terbuka kepada Uqasha Senrose sekiranya kenyataannya sebelum ini mengguris hati bekas isterinya itu.
  • Kamal menjelaskan dia tidak berniat mengungkit kisah lama, sebaliknya hanya mahu berterima kasih kepada kru dan pelakon filem Takluk 2: Op Daulat.
  • Menurut Kamal, hubungannya dengan Uqasha baik dan mereka banyak berkomunikasi tentang anak.

Aktor Kamal Adli tampil memohon maaf secara terbuka kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose, sekiranya kenyataannya sebelum ini menimbulkan salah faham hingga mengguris perasaan pelakon itu.

Kamal, 40, menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mengungkit kisah lama atau menyindir mana-mana pihak.

IKLAN

Menurutnya, dia sekadar mahu menghargai sokongan kru dan rakan pelakon yang banyak membantunya ketika melalui fasa sukar semasa penggambaran filem Takluk 2: Op Daulat.

Niat saya hanya mahu ucap terima kasih kepada semua orang yang ada waktu itu dan saya tidak sebut sebarang perkataan ataupun nama tentang isu yang terjadi.

Tiada niat untuk saya ‘menembak’ sesiapa dan mungkin ini adalah salah faham. Jadi kalau betul ia salah faham, di pihak saya, saya minta maaf sangat-sangat. Kalau perkara itu mencetuskan rasa kurang senang sehingga dia terasa, saya minta maaf.

Kamal berkata demikian kepada mStar ketika ditemui di Majlis Meet & Greet Duta Jakel 2027 di Kuala Lumpur.

“Semua itu cerita lama”- Kamal Adli

ohmedia kamal adli

Menurut Kamal, dia sekadar menjawab soalan media tentang cabaran menjayakan filem aksi tersebut pada malam tayangan perdana.

Tiada apa pun hendak bergaduh. Saya tengah gembira bersama anak dan hubungan saya dengan Uqasha pun tiada masalah, kami banyak berkomunikasi mengenai anak.

Kamal turut memohon maaf kepada warganet dan berharap tiada lagi pihak yang terus mencetuskan perbalahan.

Saya juga minta maaf kepada netizen kalau ada yang rasa saya tidak patut cakap begitu. Saya harap janganlah ada sesi kecam-mengecam lagi sebab semua itu cerita lama, sudah habis dan sudah basi.

Baca Juga: ”Untuk Apa? Sudahlah, Saya Sudah Tak Sentuh Langsung Lepas Bercerai” – Uqasha Senrose

Uqasha Senrose luah rasa kecewa di Threads

ohmedia ohmedia featured uqasha senrose

Terdahulu, Uqasha, 33, meluahkan rasa kecewa menerusi hantaran di Threads, mempersoalkan tindakan bekas suaminya yang didakwa masih mengimbas kembali peristiwa perpisahan mereka.

Ia susulan perkongsian Kamal tentang detik sukar apabila dia terpaksa memandu terus ke Kuantan, Pahang untuk menyambung penggambaran Takluk 2: Op Daulat tanpa sempat pulang bertemu keluarga, selepas berpisah dengan Uqasha awal tahun ini.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai dengan talak satu pada 12 Januari lalu.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas