Connect with us

Oh! Media

Bersama Team MAS Menuju Sukan Asia 2026

Sukan Asia Header 2026

Bermula 19 September hingga 4 Oktober 2026, Aichi-Nagoya, Jepun bakal menjadi tumpuan seluruh Asia apabila atlet terbaik benua ini akan bersaing dalam Sukan Asia ke-20.

Sepanjang temasya ini, Oh! Media akan membawakan perkembangan Team Malaysia termasuk jadual pertandingan, keputusan, kedudukan pingat, barisan atlet negara dan segala yang terkini dari pentas Asia.

Team MAS Perlukan Sokongan Kita Semua!

Barisan atlet gimrama kebangsaan terus memperkemas rutin dan persiapan. Sepanjang tahun ini, skuad negara turut mendapat pendedahan di Kejohanan Gimrama Asia Senior di Kyrgyzstan serta bantuan kepakaran luar bagi meningkatkan kualiti persembahan.

Kini, fokus diberikan kepada memastikan setiap rutin dipersembahkan dengan kemas, seragam dan penuh keyakinan apabila membawa cabaran TeamMAS di Jepun.

Content Sukan Asia 1

Prestasi Team MAS dalam lima edisi terakhir menunjukkan Malaysia kekal kompetitif di pentas Asia, walaupun jumlah kutipan pingat berubah dari satu edisi ke edisi yang lain.

Trend terkini juga menunjukkan ruang besar untuk peningkatan, terutama dalam menukar lebih banyak pencapaian podium kepada emas dan perak bagi memperkukuh kedudukan Malaysia.

Skuad Penerjun Negara Teruskan Momentum Positif

Penerjun negara, Ong Ker Ying dan Nurqayyum Nazmi terus memperkemas persiapan menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Ong membawa pengalaman beraksi di Sukan Asia Hangzhou, manakala Nurqayyum hadir dengan momentum positif selepas meraih emas acara 3m papan anjal seirama lelaki di Sukan SEA 2025.

Kedua-duanya menjadi sebahagian daripada skuad terjun negara yang membawa cabaran TeamMAS di Jepun. Dengan tradisi skuad terjun Malaysia yang sering menyumbang pingat di pentas Asia, harapan pastinya tinggi untuk melihat mereka memberikan aksi terbaik kali ini.

Ariana Nur Dania Bawa Pengalaman Olimpik Paris 2024

Pemanah recurve negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi terus memperkemas persiapan menuju Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan fokus meningkatkan keyakinan diri.

Berbekalkan pengalaman di Olimpik Paris 2024, Ariana kini bersedia membawa cabaran TeamMAS dan berdepan pemanah terbaik Asia di Jepun.

Pasukan Sepak Takraw Kebangsaan Tak Gentar Dengan Thailand

Jurulatih Pasukan Sepak Takraw Kebangsaan, Ahmad Jais Baharun menitipkan kata-kata semangat buat kontinjen TeamMAS agar tampil dengan persembahan terbaik ketika membawa cabaran negara di pentas Asia.

Harapan untuk melihat atlet negara mencipta kejayaan turut disertai seruan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya terus berdiri di belakang TeamMAS.

Pasukan Karate Negara Mula Berikan Fokus Penuh!

Ketua Jurulatih Karate Negara, Sharmendran Ragonathan menekankan kepentingan fokus, disiplin dan komitmen tinggi sebagai kunci utama skuad negara dalam memburu sasaran pingat buat Team Malaysia.

Dengan latihan yang konsisten serta persediaan semakin dipertingkatkan, skuad karate negara kini memberi tumpuan penuh untuk berada pada tahap terbaik!

Pasukan Berbasikal Trek Kebangsaan Sedia Beraksi!

Pasukan berbasikal trek kebangsaan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdiri teguh di belakang TeamMAS dan memberi semangat kepada atlet negara yang bakal membawa cabaran Malaysia di pentas Asia.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, jom kita sama-sama kirimkan doa dan sokongan buat mereka untuk memberikan aksi terbaik demi negara. Ayuh sokong kontinjen Malaysia!

Banner Sukan Asia 2026
Ke Atas