Connect with us

Oh! Media

Umisya Mazlan Selamat Bersalin Anak Ketiga Tanpa Rasa Sakit, Netizen Nasihat Aslam

Ohmedia umisya aslam anak ketiga

Oh! Artis

Umisya Mazlan Selamat Bersalin Anak Ketiga Tanpa Rasa Sakit, Netizen Nasihat Aslam

Siapa sangka, pengalaman bersalin yang biasanya penuh dengan kesakitan, bertukar jadi momen indah buat personaliti media sosial, Umisya Mazlan.

Baru-baru ini, Umisya berkongsi rasa syukur selepas selamat melahirkan anak ketiga tanpa rasa sakit, membuatkan ramai teruja dan kagum.

Proses bersalin tanpa sakit, Umisya syukur dipermudahkanNya…

@_umisyamazlan

Syurga itu mahal kan? Hebat ibu2 semua. untuk segala lelah semoga berakhir indah. untuk segala kerumitan semoga ditutup dengan kebahagiaan. Simpan sini untuk kenangan 🤍

♬ original sound – _umisyamazlan – _umisyamazlan

Menurut Umisya, dia pada mulanya hanya pergi ke klinik untuk pemeriksaan biasa. Namun, doktor memaklumkan bahawa bukaan sudah terbuka seluas 6cm.

IKLAN

Saya tiada rasa sakit apa-apa langsung ketika itu.- Katanya.

Umisya turut berterima kasih dan meluahkan rasa syukur kerana Allah mempermudahkan urusan bersalinnya.

Netizen harap Aslam hargai pengorbanan isteri…

Meninjau ruangan komen, ramai netizen menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan pesanan buat Aslam agar lebih menghargai pengorbanan Umisya sebagai isteri yang telah tiga kali melahirkan zuriat mereka.

Ada juga yang memuji ketabahan Umisya sepanjang kehamilan dan berharap Aslam terus menjadi suami yang penyayang serta bertanggungjawab.

Image
Image

#ApaKataOhmedia

Tahniah buat Umisya dan Aslam! Memang jarang dengar pengalaman bersalin tanpa sakit, memang rezeki Umisya kali ini. Semoga Aslam lebih menghargai pengorbanan isteri lepas ni. Apa-apa pun, moga keluarga kecil mereka terus bahagia dan diberkati.

Ohmedia umisya aslam anak ketiga

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas