Connect with us

Oh! Media

Peguam Sahkan Marissa Dania Dan Aslam Akhirnya Sah Bercerai

Marissa Dania Dan Aslam

Oh! Artis

Peguam Sahkan Marissa Dania Dan Aslam Akhirnya Sah Bercerai

Marissa Dania dan Aslam kini secara rasmi bukan lagi bergelar suami isteri.

Terkini! Peguam syarie mengesahkan pempengaruh Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam bukan lagi suami isteri. Keputusan itu dibuat mahkamah ketika kedua-duanya hadir untuk prosiding hari ini.

BACA: “Ya, Betul” – Aslam Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Marissa Dania

Terdahulu, Aslam mengakui dia dan Marissa kini tidak lagi tinggal sebumbung. Pasangan ini dilihat hadir secara berasingan di mahkamah.

IKLAN

Bukan lagi suami isteri

Assalamualaikum, status bagi pasangan-pasangan ini mahkamah telah putuskan dengan panjang lebar ulasannya. Ringkasnya Ahmad Aslam dan Marissa Dania bukan lagi suami dan isteri. Terima kasih.

Sebelum ini, Ahmad Aslam telah memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri, Marissa pada 10 Mac lalu.

Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali di luar mahkamah sebelum kembali rujuk dalam tempoh berbeza.

Peguam berkata, lafaz cerai pertama berlaku sekitar September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama, lafaz kedua pula pada April 2025 dan rujuk semula pada Jun 2025.

Pssttt! Semoga Marissa dan Aslam diberi kekuatan menempuhi dugaan ini. Semoga Marissa bertemu jodoh dengan lelaki lebih baik selepas ini.

Kredit: xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas