Connect with us

Oh! Media

Sheila Majid Bengang Ada Berita Palsu Mengenai Dirinya Tersebar

Shiela Majid

Oh! Artis

Sheila Majid Bengang Ada Berita Palsu Mengenai Dirinya Tersebar

Penyanyi, Datuk Sheila Majid berasa kesal apabila terdapat berita palsu yang mendakwa dirinya menghidap artritis (penyakit sendi dan tulang). Macam-macam hal!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, rupanya ada satu syarikat yang tergamak buat cerita palsu itu bertujuan untuk mempromosikan produk kesihatan mereka dan perkara ini dikongsikan di Instagram miliknya.

Merepek! Ini adalah berita palsu. Jika saya benar menghidap sakit ini, ia telah dilaporkan lima tahun dahulu.

Kenapa tidak jujur dalam menjual barang. Tiada keyakinan sehingga menggunakan nama saya.

Bukan tu jer, penyanyi itu juga berkata yang dia sudah cuba untuk mencari siapakah dalang di sebalik perkara itu tapi tidak jumpa.

Saya mencari pelaku sejak berita palsu ini tersebar tentang saya menggunakan produk diet untuk kekal langsing. Namun tidak jumpa. Saya tidak jumpa sumbernya.

Mereka tahu bagaimana untuk manipulasi sistem dan menyembunyikannya.

Kalau korang tengok berita palsu itu ada tertulis yang Sheila sudah sembuh selepas menghidap penyakit berkenaan sejak lima tahun lepas.

Pada tahun 2019, saya sangat sibuk bekerja dan berjalan sebelum perintah kawalan pergerakan.

Kredit: mStar | Instagram Sheila Majid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas