Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Saya Sangat Bertuah Memiliki Fazura” – Fattah Amin Masih Dapat Layanan Istimewa Walaupun Sudah Tujuh Tahun Kahwin

Baru-baru ini, pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura dilanda kontroversi kerana sudah lama tak berkongsi momen bersama di media sosial. Haih macam-macamlah netizen ni.

ADVERTISEMENT

BACA: Netizen Tanya Fazura Mana Fattah Amin Sebab Lama Tak Nampak Bersama, Ini Jawapan Tuan Badan!

Menerusi temu bual Pa&Ma, Fattah Amin dilihat menafikan spekulasi yang timbul dengan menyatakan dia masih mendapat layanan istimewa dari isterinya.

Bukan tu jer, dia juga kagum dengan semua pengorbanan Fazura sebagai seorang ibu dan juga isteri.

Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada sepatutnya. Itu yang buatkan saya hargai.

Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan sata sendukkan nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buat saya rasa dia ‘one in a million‘.

Sudah tujuh tahun dengan dia. Saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka menghargai suami… Bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya.

Makin cinta dengan Fazura

Tambahnya, dia sangat terharu dengan sikap pemurah isterinya sampai dia sendiri pun terinspirasi dengan perkara itu.

Sebagai suami, saya nampak pengorbanan dia sebagai isteri dalam keluarga. Kalau ikutkan dia boleh sahaja duduk di rumah manakala saya bekerja.

Dia juga sangat ikhlas melakukan segala benda tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Wah comel je mereka ni, bahagia dengan cara sendiri. Sebagai peminat, kita kene faham mungkin Fattah dan Fazura lebih selesa untuk tak kongsikan momen bersama.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas