Connect with us

Oh! Media

Rizman Ruzaini Berhabis Sampai RM3 Juta Untuk Naomi Campbell

Oh! Artis

Rizman Ruzaini Berhabis Sampai RM3 Juta Untuk Naomi Campbell

Siapa je yang tak kenal jenama Rizman Ruzaini kan? Sebelum ini, mereka pernah tular di media sosial kerana berjaya menjadikan model terkenal antarabangsa, Naomi Campbell sebagai muse di Fashion Week, Dubai.

ADVERTISEMENT

BACA: Dikritik Baju Melayu Harga Mahal, Ini Penjelasan Sebenar Rizman Ruzaini

Menerusi Podcast Apa Cerita?, pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizman mendedahkan untuk supermodel, Naomi Campbell memperagakan busananya, dia terpaksa berhabis RM3 juta.

Selain itu, dia juga terpaksa menggunakan ‘cable‘ untuk bekerjasama dengan model berkenaan dan sebelum berjaya mendapatkan model ini.

Saya mahu lihat gambar baju terlebih dahulu.

Selepas memberikan gambar busana yang akan dipakai, pereka fesyen itu juga mendedahkan rundingan harga dengan pengurus tidak semudah yang disangka.

Dia dan pasukannya pun hampir membatalkan rancangan kerjasama itu kerana kenaikan harga mendadak kerana populariti model pada masa itu.

I cakap nak Naomi, I akan dapatkan dia.

Rizman berkata kerjasama itu dapat direalisasikan selepas bertanya sendiri ke tuan badan dan Naomi juga difahamkan menyuruh pengurusnya menurunkan harga.

Wah disebalik kejayaan Rizman, banyak rupanya cabaran nak hadapi. Apapun memang terbaiklah sebab berjaya ambil Naomi Campbell untuk memperagakan rekaan produk Malaysia..

Kredit: YouTube Apa Cerita?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas