Connect with us

Oh! Media

Ramai Akui Menyesal Selepas Cik B Tayang Gambar Boyfriend

Oh! Artis

Ramai Akui Menyesal Selepas Cik B Tayang Gambar Boyfriend

Siapa tak kenal dengan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B. Populariti Cik B semakin meningkat selepas DSV selalu melibatkan anaknya itu dalam dunia pemasaran produk.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini juga Cik B telah mengejutkan ramai orang apabila muncul dengan penampilan baru seakan-akan model antarabangsa.

Tapi, akhirnya perubahan penampilan Cik B ini terjawab apabila dia mula berkongsi gambar seorang lelaki yang dikatakan kekasih hatinya kepada umum. Ini lebih mengejutkan!

Gambar kekasih hati Cik B mula tersebar bila dia ada menaikkan Instagram Story dengan tulisan ringkas “With my fav person” dan jejaka itu turut membalas “My loveee”. Wow! Romantik betul.

Hasil carian kami, kekasih hati Cik B dikenali sebagai Aniq Suhair dan merupakan seorang pelakon muda yang kian meningkat naik. Sebelum ini juga Aniq viral bila ramai mengatakan wajahnya mirip penyanyi Korea Taehyung dari kumpulan BTS.

Di Twitter Cik B turut ada menulis yang dia kini sudah dimiliki akhirnya.

Tapi, ada juga peminat yang menafikan hubungan mereka dan menyatakan ia hanya propa untuk promosikan drama lakonan mereka berdua berjudul Lelaki Lingkungan Cinta.

Jadi macam mana ni? Bagi Ohmedia tak perlulah cinta cintun ni sebab muda lagi. Tapi kalau betul pun korang juga yang melepas. Haha!

Kredit: Twitter cikb havoc

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas