Connect with us

Oh! Media

“Terus Terang Saya Tak Mahu Bercerai” – Syamsul Yusof

Oh! Artis

“Terus Terang Saya Tak Mahu Bercerai” – Syamsul Yusof

Masalah keluarga yang menimpa pelakon, penyanyi dan pengarah hebat Malaysia, Syamsul Yusof nampaknya masih berterusan apabila beliau mengesahkan sudah tidak tinggal sebumbung lagi bersama isterinuya Puteri Sara Liyana.

ADVERTISEMENT

Mereka juga dikatakan sudah tidak tinggal bersama sejak bermulanya masalah ini. Perkahwinan yang dibina sejak enam tahun lalu mula menarik perhatian netizen selepas Puteri Sarah hadir ke pejabat agama.

Bagaimanapun, mereka berdua tidak mendedahkan masalah kepada orang ramai dan sepatutnya dilakukan sebab hal keluarga tidak perlu diceritakan kepada ramai.

Syamsul Yusof hanya menyatakan yang dia sebolehnya tidak mahu melafazkan cerai dan ingin menyelamatkan rumah tangga mereka serta tidak mahu anak-anaknya berpisah dengan ibu.

Terus terang, saya tak mahu bercerai. Saya nak selamatkan rumah tangga dan saya percaya isteri saya pun begitu juga. Tapi ia tidaklah semudah itu. Ada banyak lagi faktor lain yang saya perlu fikirkan yang melibatkan hati dan perasaan. – Katanya.

Syamsul juga mengakui Puteri Sarah adalah seorang isteri yang baik dan menyedari masalah yang muncul datang daripada kekhilafan dirinya sendiri.

Kini, Syamsul hanya mahu bermuhasabah dan ingin memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.

Itulah sebaiknya Syamsul. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas