Connect with us

Oh! Media

Puteri Balqis Dakwa Kena Gangguan Seksual, Bapa Akan Disiasat Jika Laporan Dibuat

Oh! Artis

Puteri Balqis Dakwa Kena Gangguan Seksual, Bapa Akan Disiasat Jika Laporan Dibuat

Pelakon berbakat Puteri Balqis menerusi sesi podcast bersama dua pengacara membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapanya yang tidak diketahui ramai.

ADVERTISEMENT

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mendakwa bapanya seorang yang pemalas, tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa bermain permainan video.

BACA: Bertahun Lama Pendam Rasa, Puteri Balqis Tampil Dedah Perangai ‘Toxic’ Bapa Kandung

Selain dipukul, bapanya juga didakwa dengan selamba membuka video lucah dan mengajaknya menonton bersama. Dakwa pelakon ini lagi, dia juga sering diraba dan dicium.

Dakwaan yang dibuat pelakon remaja itu telah mengundang respon Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Menerusi laporan Kosmo!, Rina berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi dan dia juga hanya mengetahui dakwaan itu melalui media.

Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Jelasnya, jika ada laporan pihaknya bersedia memanggil pelakon remaja itu untuk siasatan lanjut.

Tambah Rina Harun, jika dakwaan itu benar, ianya amat menyedihkan kerana ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung dan membimbing anak-anak.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun ini, kanak-kanak perempuan paling ramai menjadi mangsa penderaan seksual.

Video penuh:

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas