Connect with us

Oh! Media

“Saya Minta Maaf Sangat-Sangat” – Adira Suhaimi Buka Mulut Isu Penceraian Dan Minta Beri Dirinya Ruang

Oh! Artis

“Saya Minta Maaf Sangat-Sangat” – Adira Suhaimi Buka Mulut Isu Penceraian Dan Minta Beri Dirinya Ruang

Semalam kami melaporkan penyanyi yang juga merupakan peserta Famili Duo musim ke-3 yang berlangsung semalam iaitu Adira Suhami didakwa telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

ADVERTISEMENT

BACA: Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Hakim Tegur Dato Red Cuba Lambatkan Kes?

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, Adira Suhaimi minta dirinya diberikan ruang mengenai krisis rumah tangganya ketika ditemui pihak media.

Adira juga berkata yang dia masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu kepada pihak media dan memohon maaf.

Nanti sampai masa saya bagi kenyataan. Minta maaf sangat-sangat. Terima kasih kerana memahami dan memberi ruang buat saya pada waktu yang mencabar sekarang ini.

Difahamkan, Adira yang mula memfailkan perceraian atas alasan tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

Walau bagaimanapun, Datuk Red tidak bersetuju dengan permohonan yang dibuat isterinya itu dan mahu mempertahankannya lagi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas