Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Hakim Tegur Dato Red Cuba Lambatkan Kes?

Penyanyi yang juga merupakan peserta Famili Duo musim ke-3 yang berlangsung semalam iaitu Adira Suhami didakwa telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Menurut laporan mStar, permohonan tersebut adalah kali kedua yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lepas.

IKLAN

Kali pertama adalah pada 1 April 2019 tapi telah ditarik semula Adira kerana memberi peluang kepada suaminya dan cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada Isnin, Adira hadir bersama kakaknya, Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK) ke mahkamah bagi sebutan kedua kes berkenaan.

Walau bagaimanapun, Dato Red dilihat gagal tampil bersama wakil bagi proses tersebut selepas hadir hanya seorang diri.

Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar dan Dato Red telah ditegur kerana dianggap dianggap sengaja melambat-lambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai daripada dilakukan segera.

Hakim kemudiannya menangguhkan kes itu pada 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas