Connect with us

Oh! Media

Netizen Sebak Lihat Abby Abadi Akhirnya Jumpa Marissa Dania Siap Peluk Dan Cium

Abby Abadi Marissa Dania

Oh! Artis

Netizen Sebak Lihat Abby Abadi Akhirnya Jumpa Marissa Dania Siap Peluk Dan Cium

Ada satu perkongsian yang dimuat naik pelakon, Abby Abadi mengenai Marissa Dania di Instagram telah mengundang perhatian netizen. Dah kenapa tu?

ADVERTISEMENT

Kalau korang tengok video tu nampak lah kelibat anak gadis Abby dan Norman, Marissa Dania yang sebelum ini namanya hangat diperkatakan di media sosial.

Bukan tu jer, Abby Abadi dilihat memeluk dan mencium pipi Marissa ketika sesi bergambar dan Marissa juga dilihat memeluk adik-adiknya di acara berkenaan.

Norman yang ada bersama turut dirakam menyuap anak perempuannya itu dengan makanan. Happy family betul!

https://www.tiktok.com/@_norainibasre_/video/7338419292393852161?_t=8k661EoOP34&_r=1

Video itu telah mengundang perhatian netizen dimana ada antaranya yang sebak dan menyifatkan kedua-dua selebriti itu sebagai ibu bapa contoh.

Netizen juga berkata yang mereka reda menerima tohmahan masyarakat terhadap selepas timbul kontroversi Marissa berkahwin dengan suami orang di Thailand baru-baru ini.

Mak dan ayah yang hebat. Ini contoh paling baik tetap menyayangi anak mereka. Mereka tahu anak adalah amanah Allah SWT. Tidak kira berapa ramai yang mengecam, mereka tidak kisah betapa buruk di mata manusia, namun tidak di sisi Allah.

Apapun yang terjadi, semoga keluarga ini sentiasa dalam keadaan yang baik-baik saja.

Kredit: Instagram Abby Abadi | Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas