
Oh! Artis
Buat Live TikTok Tapi Netizen Spam Nama ‘Syed Saddiq’, Aliff Aziz Didakwa Koyak?
Selepas hampir setahun menyepi selepas terpalit kes khalwat, selebriti kontroversi Aliff Aziz akhirnya muncul di live TikTok buat pertama kali.
BACA: Aliff Aziz Padam Semua Gambar Di Instagram, Umum Kelahiran Semula
Difahamkan, siaran langsung itu dibuat bermula jam 8 malam dan disaksikan lebih 10,000 orang.
Live TikTok raih perhatian

Tapi siapa sangka nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tiba-tiba menjadi perhatian dalam sesi live tersebut.
Dalam satu klip yang kini tular, status ‘Most Sent’ menunjukkan nama Syed Saddiq disebut dengan jumlah x1331!
Seperti biasa, netizen tidak melepaskan peluang untuk memberikan pelbagai reaksi. Ada yang terkejut, ada yang terhibur, dan tak kurang juga yang menganggap ini sebagai satu kebetulan ‘lucu’.
Netizen dakwa Aliff Aziz koyak?
Di ruangan komen, netizen yang menonton live tersebut mendakwa Aliff Aziz ‘koyak’ dengan komen netizen yang tidak habis-habis mengecamnya.



Sementara itu, ada juga individu mempertahankan Aliff Aziz berkata netizen tidak move on meskipun isu sudah hampir setahun berlalu.

Jelasnya, Aliff Aziz juga berhak untuk meneruskan hidup dalam dunia selebriti yang sebelum ini menjadi periuk nasinya.
Terdahulu, ahli politik Syed Saddiq dan Bella Astillah mencuri tumpuan ramai apabila berjaya menakluki puncak Gunung Kinabalu.
Kejayaan duta pakaian Primavalet ini menjadi inspirasi orang ramai sehingga ada yang berharap pasangan ini berjodoh.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @auntykreview
