Connect with us

Oh! Media

aliff aziz

Oh! Artis

Aliff Aziz Padam Semua Gambar Di Instagram, Umum Kelahiran Semula

Nama Aliff Aziz kembali menjadi perhatian apabila penyanyi dan pelakon sensasi ini bertindak memadam semua gambar lamanya di Instagram.

Tindakan tersebut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, yang mula berteka-teki tentang motif sebenar Aliff.

IKLAN

Aliff Aziz padam gambar lama, tapi kenapa?

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada gambar-gambar tersebut dipadam sepenuhnya atau hanya disimpan di arkib (archive), Aliff kini hanya meninggalkan satu hantaran terbaru di akaun Instagramnya.

Hantaran tersebut menunjukkan Aliff mengenakan baju hitam dengan kapsyen penuh makna, menzahirkan hasrat untuk memulakan versi diri yang baharu pada tahun 2025.

Netizen doakan kejayaan Aliff Aziz…

Di ruangan komen, ramai peminat menyatakan sokongan terhadap Aliff. Ada yang mendoakan agar perjalanan seni dan kehidupannya dipermudahkan, manakala yang lain memuji langkahnya untuk berubah menjadi individu yang lebih baik.

Semoga terus maju dalam karier, Aliff! Kami akan sentiasa menyokong!- Tulis seorang peminat.

Tindakan Aliff ini juga dianggap oleh segelintir pihak sebagai langkah simbolik untuk meninggalkan masa lalu dan memulakan sesuatu yang baru.

aliff aziz

#OhmediaNasihat

Setiap orang berhak untuk berubah dan memperbaiki diri. Tindakan seperti Aliff ini menunjukkan keberanian untuk melangkah ke arah yang lebih baik. Ingatlah, apa pun yang kita buat, niat yang ikhlas dan usaha yang konsisten pasti akan membuahkan hasil.

aliff aziz

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas