Connect with us

Oh! Media

‘Picit’ Alat Sulit Arif Aiman, Theerathon Digantung Dan Didenda AFC

Theerathon arifaiman acl picit ohmedia

Oh! Arena

‘Picit’ Alat Sulit Arif Aiman, Theerathon Digantung Dan Didenda AFC

Ketua pasukan Buriram United, Theerathon Bunmathan dikenakan hukuman oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas insiden ‘menyentuh’ alat sulit pemain Johor Darul Takzim (JDT) Arif Aiman dalam satu perlawanan AFC Champions League (ACL) Elite bulan lalu.

Insiden sentuhan ‘nakal’ itu berlaku pada bulan lalu di Stadium Sultan Ibrahim di mana perlawanan itu berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Theerathon dikenakan hukuman berat

Theerathon

Ketika insiden berlaku, Arif Aiman dilihat mengerang kesakitan, lalu Theerathon diarahkan ‘keluar padang’ selepas semakan Video Assistance Referee (VAR).

Daripada insiden yang berlaku dalam perlawanan baru-baru ini, saya ingin memohon maaf atas tindakan saya yang tidak sepatutnya. Saya amat kesal dan amat kecewa dengan diri saya sendiri kerana tidak dapat mengawal emosi saya. Ia tidak sepatutnya berlaku. – Kata Theerathon

Selepas mengambil pertimbangan dan siasatan yang teliti, akhirnya AFC menghukum tindakan tidak bermoral pemain berusia 33 tahun itu dengan denda $2,000 dan digantung tiga perlawanan di peringkat Asia.

IKLAN

Perlawanan yang panas & intense

Perlawanan penuh drama ini juga menyaksikan dua lagi layangan kad merah kepada Murillo, pemain pertahanan JDT yang menafikan peluang jaringan pasukan Buriram United seawal minit ke-12 dan Park Jun-Heong, juga pemain pertahanan skuad Harimau Selatan itu.

Walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang, saya rasa kami berjaya bertahan dengan baik. Kemudian, keadaan seimbang apabila kedua-dua pasukan bermain 10 lawan 10, sebelum seorang lagi pemain dilayangkan kad merah di penghujung perlawanan. – Kata Natxo Insa

Penyokong JDT juga berseloroh mengharapkan ‘ayam tambatan’ pasukan Malaysia itu tidak trauma dengan kejadian itu.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia sukan, semangat kesukanan merupakan asas penting yang perlu dijunjung tinggi oleh setiap pemain. Insiden yang berlaku dalam perlawanan antara Buriram United dan Johor Darul Takzim (JDT) baru-baru ini adalah satu peringatan tentang pentingnya menjaga emosi ketika berada di padang.

Tindakan yang tidak wajar bukan sahaja mencemarkan imej individu, malah boleh memberi kesan kepada pasukan dan penggemar sukan secara keseluruhannya.

Theerathon arifaiman acl picit ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Astro Awani





🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Afiq Izham
Penulis, Juruvideo, dan Pencipta Kandungan Media Sosial kreatif di Oh! Media. Menggabungkan bakat dalam penulisan, visual, dan strategi digital untuk menghasilkan karya yang berimpak tinggi dan berjiwa.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas