Connect with us

Oh! Media

Pak Azad Terjumpa ‘Flat’ Empat Tingkat Didakwa Dibina Rohingya Di Hulu Langat

Ohmedia flat Rohingya

Oh! Artis

Pak Azad Terjumpa ‘Flat’ Empat Tingkat Didakwa Dibina Rohingya Di Hulu Langat

Ketika merakam video berkenaan, Pak Azad melihat sekumpulan lelaki dipercayai etnik Rohingya berjalan di kawasan terbabit.

Penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad, tidak menyangka akan terjumpa sebuah struktur kediaman yang menimbulkan tanda tanya di Sungai Tekali, Hulu Langat, Selangor.

Menerusi video yang tular di media sosial, bangunan seakan-akan flat empat tingkat itu didakwa dibina secara tidak sah oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah kawasan terpencil.

Struktur bangunan kelihatan mencurigakan

Memetik laporan Harian Metro, rakaman tersebut memaparkan sebuah kediaman bertingkat yang mempunyai laluan koridor berbumbung zink.

IKLAN

Dinding batu bata pada bangunan itu pula dilihat tidak disimen dengan sempurna, selain terdapat sambungan paip air dan wayar elektrik yang mencurigakan.

@macrophotog

warga asing,pati,rohingya???kena siasat dan roboh ni..

♬ original sound – Sabri Ibn Mahmood – Sabri Ibn Mahmood

Menurut Pak Azad, rakaman video itu dibuat secara tidak sengaja ketika dia dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Hulu Langat.

Dia bersama pembantu peribadinya terlepas simpang dan mengambil laluan alternatif ke lokasi. Ketika melalui jalan alternatif, dia ternampak binaan mencurigakan dan pelik.

Pada mulanya saya sangka mungkin penempatan golongan kurang berkemampuan, tetapi apabila dilihat dari dekat, reka bentuk dan keadaan binaannya nampak pelik. Ia seolah-olah dibina sendiri secara berperingkat oleh penghuni di situ. Sebab itu saya rakam video berkenaan.

Jelas Pak Azad lagi, ketika merakam video tersebut, dia melihat sekumpulan lelaki dipercayai etnik Rohingya sedang berjalan di kawasan berkenaan.

Flat

Namun begitu, dia tidak mahu membuat sebarang tuduhan mengenai status sebenar penempatan terbabit dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

Kalau benar terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan, saya percaya pihak berkuasa lebih arif untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Menurut Pak Azad, video berkenaan pada asalnya dimuat naik menerusi Instagram Story miliknya sebelum kembali tular baru-baru ini selepas dikongsi semula di media sosial.

Pssttt! Apa yang ditemukan Pak Azad ini sememangnya menimbulkan persoalan, terutama mengenai status pembinaan dan tahap keselamatan bangunan tersebut. Pihak berkuasa diharap dapat melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang serta risiko terhadap penghuni dan masyarakat setempat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas