Oh! Arena
“Apa Salah Saya” – Asyik Kena ‘Aim’, Lee Zii Jia Menitiskan Air Mata
Bintang badminton kebanggaan negara, Lee Zii Jia tidak dapat menahan rasa sebak teringat tohmahan yang sering diterimanya daripada orang ramai.
Menerusi temuramah bersama Astro Arena, pemain ini meluahkan rasa sedih dan persoalkan kesalahan yang dilakukannya sehingga nama sering jadi sasaran kecaman di platform media sosial.
Tekanan yang diterima di media sosial membuatkan Zii Jia menitiskan air mata. Namun, dia memilih untuk berdiam diri dan mengabaikan spekulasi yang telah dibuat mengenainya.
Setiap pagi saya bangun akan nampak macam macam berita keluar pasal nama saya. Saya tertanya-tanya apa salah yang saya dah buat. Setiap pagi saya bangun pergi latihan je, saya diam-diam saja. Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku terutamanya kepada media.
Pemain berusia 26 tahun ini mahu membuktikan kepada orang ramai kemampuan dirinya. Dia akan kembali dengan lebih kuat dan meraih emas pada Olimpik 2028 nanti.
Setakat perkongsian ini dibuat, video telah meraih hampir dua juta tontonan dan meraih ribuan komen daripada orang ramai.
Orang ramai memberikan kata-kata semangat dan meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Zii Jia di sukan Olimpik Paris 2024.
Terdahulu, Lee Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Astro Gempak
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM