Connect with us

Oh! Media

Semua 104 Perlawanan World Cup 2026™ Boleh Tonton Percuma? U Mobile Bagi Data Tanpa Had Setiap Hari!

Ohmedia  Design 2

Oh! Arena

Semua 104 Perlawanan World Cup 2026™ Boleh Tonton Percuma? U Mobile Bagi Data Tanpa Had Setiap Hari!

Kalau sebelum ini ramai peminat bola sepak sanggup berjaga malam semata-mata nak tengok aksi pasukan kegemaran, kali ini pengalaman itu bakal jadi lebih mudah dan lebih meriah.

U Mobile baru sahaja mengumumkan bahawa mereka merupakan penaja penyiaran rasmi World Cup 2026™ di RTMKlik, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia mengikuti kesemua 104 perlawanan kejohanan bola sepak paling dinantikan di dunia itu dengan lebih lancar.

Apa yang lebih menarik, pelanggan U Mobile boleh menebus Pas ULTRA Football secara percuma setiap hari untuk menikmati data tanpa had dan kelajuan tanpa had bagi menstrim perlawanan melalui RTMKlik.

IKLAN

Tak Perlu Risau Data Habis Ketika Perlawanan Penting

Bagi peminat bola sepak, antara perkara paling menyakitkan adalah apabila internet mula perlahan atau data tiba-tiba habis ketika aksi semakin mendebarkan.

Sebab itu Pas ULTRA Football dilihat sebagai antara tawaran paling menarik sepanjang musim kejohanan ini. Bermula 11 Jun hingga 20 Julai 2026, pelanggan U Mobile boleh menebus pas tersebut setiap hari menerusi aplikasi MyUMobile.

Ini bermakna setiap gol, jaringan kemenangan saat akhir dan aksi mendebarkan boleh ditonton tanpa perlu terlalu memikirkan penggunaan data.

Bukan Sekadar Tonton Bola, Siap Ada Hadiah Gempak!

Umo 4880155 Umo world cup2026 campaign stream player kv bm

Selain pengalaman penstriman, U Mobile turut melancarkan ULTRA Football Fest yang menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada pelanggan.

Paling mencuri perhatian sudah tentu hadiah utama ULTRA Football Dream Tour bernilai sehingga RM250,000. Seorang pemenang bertuah bersama tiga orang rakan atau ahli keluarga bakal menikmati percutian bola sepak dengan semua perbelanjaan ditanggung ke bandar-bandar bola sepak paling ikonik di dunia.

Kalau itu belum cukup menarik, pelanggan juga berpeluang membawa pulang:

  • 4 pakej ULTRA Home Stadium Makeover lengkap dengan perkakas rumah Samsung bernilai RM50,000 setiap satu.
  • 50 telefon pintar Samsung S26 Ultra.
  • 100 TV Pintar Samsung 65 inci Crystal UHD 4K.
  • 500 helai jersi rasmi pasukan 2026.

Cara Nak Sertai?

Kempen ULTRA Football Fest berlangsung dari 5 Jun hingga 31 Julai 2026.

Pelanggan hanya perlu mendaftar, menaik taraf atau membeli peranti mudah alih di bawah pelan ULTRA Prepaid, ULTRA Postpaid atau U Home 5G Broadband untuk melayakkan diri menyertai kempen ini.

Jadi kalau anda memang kaki bola, ini mungkin masa terbaik untuk menikmati setiap aksi kejohanan sambil memburu hadiah yang bukan calang-calang nilainya.

Apa Kata Korang?

Kalau diberi peluang, korang lebih teruja nak menang Samsung S26 Ultra, TV 65 inci ataupun trip bola sepak bernilai RM250,000 bersama geng sendiri?

Untuk maklumat lanjut mengenai ULTRA Football Fest dan ULTRA Football Pass, sila layari: https://www.u.com.my/en/personal/deals/ultra-football-fest

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas