Connect with us

Oh! Media

Tujuh Pemain Warisan Harimau Malaya Sudah Tiada Nilai

Ohmedia fam Harimau Malaya

Trending

Tujuh Pemain Warisan Harimau Malaya Sudah Tiada Nilai

Tujuh pemain warisan Harimau Malaya kini bernilai sifar di Transfermarkt susulan hukuman FIFA. Isu pemalsuan dokumen terus cetus kontroversi.

Kontroversi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kini dilihat mencapai titik terendah apabila nilai pasaran mereka direkodkan sebagai ‘sifar’ di arena bola sepak antarabangsa.

Menurut laporan Kosmo, berdasarkan kemas kini data oleh laman sukan terkemuka Transfermarkt.com pada awal bulan ini, ketujuh-tujuh pemain terbabit tiada nilai pasaran susulan hukuman penggantungan yang sedang dijalani ketika ini.

Isu pemalsuan dokumen jadi punca

Fifa

Sebagai rekod, tujuh pemain warisan Harimau Malaya iaitu Imanol Machuca, Joao Figueirido, Facundo Garces, Jon Irazabal, Rodrigo Holgado, Hector Hevel dan Gabriel Palmero telah dihukum oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen.

IKLAN

Situasi ini sekali gus memberi kesan besar terhadap reputasi dan nilai komersial mereka di peringkat antarabangsa.

Dari jutaan euro ke ‘sifar’

Fam

Antara yang paling terkesan ialah Imanol Machuca, yang sebelum ini pernah menjadi pemain paling bernilai dalam kem Harimau Malaya dengan tanda harga mencecah €2.5 juta (RM11.98 juta).

Walaupun mempamerkan prestasi positif bersama Velez Sarsfield di Argentina tahun ini, Machuca tetap tidak terlepas daripada penilaian terbaharu tersebut.

Nasib sama turut menimpa Joao Figueirido, bekas pemain Istanbul Basaksehir yang kini mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT), apabila nilainya turut dinilai ‘sifar’.

Pertahanan kental Harimau Malaya, Facundo Garces yang beraksi bersama Alaves, turut menerima nasib sama walaupun nilai pasarannya pernah mencecah €2 juta (RM9.58 juta) awal tahun ini.

Turut terkesan ialah Jon Irazabal (€600,000/RM2.87 juta), Rodrigo Holgado (€450,000/RM2.16 juta), Hector Hevel (€400,000/RM1.91 juta) dan Gabriel Palmero (€50,000/RM239,000).

Pemain warisan kini kehilangan nilai pasaran sepenuhnya.

Fam Harimau Malaya

Sebelum ini, kontrak Holgado dan Palmero telah ditamatkan lebih awal oleh kelab masing-masing, manakala Machuca pula dihantar pulang selepas enggan menyambung tempoh pinjaman dan kembali bersama kelab Brazil, Fortaleza.

Buat masa ini, status Hevel, Figueirido dan Irazabal yang beraksi bersama Harimau Selatan masih selamat. Pengurusan Alaves juga dilaporkan memberi jaminan kepada Garces untuk menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Pssttt! Dalam bola sepak moden, bakat sahaja tidak mencukupi. Integriti dan ketelusan adalah kunci utama kerana satu kesilapan besar mampu memadam nilai dan masa depan kerjaya pemain.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas