Branded
Betul-Betul Depan Pantai Balok, OSK Ombak Buka Jualan Fasa 2 Selepas Fasa 1 Habis Dijual Dalam Masa 3 Bulan!
Bayangkan bangun pagi ditemani pemandangan pantai Balok yang cukup tenang dan menawan serta dipenuhi pokok rhu rindang. Perghh, memang betul-betul healing!
Lagi feeling, bila dapat berendam dalam jakuzi di balkoni dengan view laut, sambil-sambil baca buku, ayan drama, atau hanya sekadar berehat menikmati keindahan alam.
Bunyi macam too good to be true kan? Tapi, sebenarnya ini adalah antara kelebihan yang korang boleh nikmati dengan memiliki kediaman pangsapuri servis terbaru, OSK Ombak!
Fasa 2 Dibuka 18 Bulan Lebih Awal, Hasil Kelarisan Fasa 1
Sebelum kami spill lebih tentang OSK Ombak, korang tahu tak yang jualan unit untuk Fasa 1 telah pun habis dijual 100% dalam tempoh 3 bulan saja?
Paling menarik, harganya bermula daripada RM380,000* saja! Setiap jenis unit juga dilengkapi dengan perabot sepenuhnya!
Sambutan yang cukup luar biasa ini membawa kepada pelancaran Fasa 2, 18 bulan lebih awal daripada yang dirancang tau!

Mana taknya, pembinaan pangsapuri servis ini dah cukup strategik, di mana ia boleh terus akses ke Pantai Balok, secara tak langsung dapat merancakkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan di Kuantan.
Jadi, bila kedudukan strategik macam ni, memang for sure ia menjadi destinasi percutian yang terbaik untuk keluarga dan pelancong luar negara.
Berkonsepkan Mediterranean & Serba Lengkap Dengan Kemudahan

Kalau korang nak tahu, pangsapuri servis ini merupakan kediaman pegangan bebas dengan konsep berinspirasikan Mediterranean serta mempunyai lebih kurang 40 jenis kemudahan tersedia.
Antara fasiliti dan kemudahan tersedia yang boleh dinikmati adalah penduduk boleh menikmati persekitaran hidup ala resort mewah menerusi kemudahan berkonsep kurasi seluas lebih tiga ekar.
Selain itu, apa yang lebih menarik adalah pangsapuri ini turut dilengkapi kolam renang bertingkat, zon kesihatan khas serta ruang riadah di podium fasiliti yang direka khas untuk memupuk keharmonian komuniti dan meningkatkan kualiti gaya hidup harian anda.




Dilengkapi Dengan Perabot, Dwi-Kunic & Banyak Lagi

Apa yang membuatkan ia kediaman yang terbaik untuk dimiliki adalah ia menawarkan saiz unit sebesar 450 hingga 1,026 kaki persegi, mampu memuatkan 1 hingga 3 bilik tidur. Besarkan?!
Lagi best, OSK Ombak ini turut menyediakan kelengkapan bersama perabot lengkap, menjadikannya sedia untuk didiami terus atau diaktifkan sebagai hartanah sewaan tanpa sebarang kerumitan.
Untuk unit terpilih, korang akan dapat reka bentuk dwi-kunci yang amat sesuai untuk kediaman sendiri, kegunaan keluarga, mahupun sewaan jangka pendek.
Bukan itu saja, OSK Ombak ini juga menyediakan kediaman eksklusif berorientasikan pemandangan laut yang direka khas untuk memaksimalkan panorama lautan dan ufuk secara luas. Paling penting, ada Jakuzi di balkoni terpilih. Fuhh, ini yang fun ni!
Selain itu, untuk unit studio terkecil seluas 450 kaki persegi juga direka menerusi konsep terbuka (open-concept) bagi memaksimakan ruang dan pencahayaan.
Lagi best, pembangunan ini memegang sijil GreenRE Silver, sekali gus mengintegrasikan ciri-ciri kediaman mesra alam dan cekap tenaga tau!
Secara keseluruhannya, dengan tawaran konsep siap perabot lengkap serta penandaan kedudukan pelaburan yang jelas, julat harga yang ditawarkan adalah amat kompetitif berbanding pembangunan persisiran pantai lain di rantau ini.
Dari ECRL Sampai Ke MCKIP, Kuantan Kini Hub Port Pelabur Luar
Selain itu, faktor utama yang membuatkan projek ini makin bernilai adalah sebab Kuantan sendiri sekarang tengah rancak membangun tau!
Kawasan perindustrian macam Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dengan koridor industri Gebeng telah menarik perhatian pelabur luar.
Bila banyak syarikat besar masuk, makin ramailah golongan profesional dengan ekspatriat yang berkumpul kat sana.
Lagi best, projek macam pembesaran Pelabuhan Kuantan dan laluan ECRL yang dijangka siap tahun 2027 bakal membuatkan perhubungan semakin lancar.
Bayangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Kuantan dengan ECRL dijangka ambil masa kira-kira 90 minit saja.
Macam ni pemilik unit penginapan jangka pendek dan pengusaha inap desa boleh senyum lebar, lagi-lagi kalau orang sekitar nak datang ke Kuantan buat short getaway pada hujung minggu.
Disebabkan lokasi Kuantan ni agak strategik, ia bagi kelebihan dengan perbezaan cuti hujung minggu di Malaysia, di mana sesetengah negeri bercuti pada Jumaat dan Sabtu, manakala negeri-negeri lain pula pada Sabtu dan Ahad.
Bila kawasan dah makin meriah dengan pelancong dan perniagaan, tak hairanlah kalau kediaman servis ini makin jadi rebutan ramai!
Mudah Untuk Pelaburan & Sewaan

Bagi yang berhasrat menjadikannya rumah percutian atau aset sewaan, pengurusan kediaman ini menyokong layanan pengurusan sewaan jangka pendek secara profesional oleh pihak ketiga.

Jadi, urusan pengurusan homestay atau sewaan korang akan jadi jauh lebih mudah!
Kalau korang berminat untuk memiliki unit daripada OSK Ombak, jangan lepaskan peluang untuk jualan Fasa 2, boleh didapati pada harga bermula daripada RM380,000*.
Bagi yang berminat dengan pelancaran akhir Fasa 2, kunjungi galeri jualan OSK Ombak di Kuantan atau kiosk jualan OSK Ombak di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya.
Untuk maklumat lanjut, sila daftarkan minat korang melalui laman web rasmi oskombak.com atau hubungi mereka di talian 011-2802 8000.

