Connect with us

Oh! Media

norshamira

Oh! Tidak

Suspek Utama Kes Norshamira Peramah, Pernah Ajak Suami Mangsa Candat Sotong

Suspek kes bunuh peniaga, Norshamira Zainal yang ditemui maut di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur akhirnya berjaya diberkas polis.

BACA: Polis Berjaya Tangkap Suspek Bunuh Norshamira

IKLAN

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu pada Sabtu.

Suami pernah ikut isteri COD kepada suspek

suspek

Terbaru, suami mangsa, Muhammad Afiq Akmal Nudin menerusi laporan Kosmo! mendedahkan bahawa beliau pernah berjumpa dengan suspek sebanyak dua kali sebelum ini.

Saya berjumpa dengannya ketika mengikut isteri menghantar COD kepada lelaki itu. Dia nampak baik dan peramah tetapi tidak sangka sangat kejam.

Menurutnya, suspek yang berbadan agak berisi itu kelihatan mesra dan tidak menunjukkan sebarang tanda mencurigakan.

Suspek peramah, ajak candat sotong

norsyamira

Malah, suspek pernah mengajaknya untuk menikmati ikan bakar bersama dan mencandat sotong.

 Saya ingat lagi dia cakap ‘ini suami awak nak kenal sangat boleh belanja ikan bakar dan nak ajak mencandat sotong’ dan saya tidak sangka pula ia berakhir begini.

Semasa menahan suspek, pihak polis turut menemui dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

norshamira

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo!


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas