Oh! Tidak
“Digelar Bab* Setiap Hari” – Lelaki Dedah Derita Rumah Tangga Selama 5 Tahun, Bertahan Sebab Anak
Lelaki didakwa sering dihina dan alami tekanan emosi hingga mahu bercerai.
Seorang lelaki mencuri perhatian ramai di Threads selepas berkongsi kisah rumah tangganya yang didakwa penuh dengan tekanan emosi dan penghinaan sepanjang lima tahun perkahwinan.
Lebih menyedihkan, lelaki itu mendakwa dirinya sering dipanggil dengan gelaran hina setiap hari sehingga mentalnya semakin tertekan dan kini nekad mahu menuntut perceraian.
Dakwa hidup dikongkong dan tak dibenar pindah
View on Threads
Menerusi perkongsian dimuat naik di akaun Threads miliknya, lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemandu van sekolah difahamkan turut menguruskan anak dan melakukan kerja rumah.
Dia juga mendakwa kehidupannya terlalu dikawal termasuk tidak dibenarkan berpindah rumah kerana perlu menjaga mentua.
Kongsi tangkap layar perbualan dan dakwa alami tekanan emosi
Menurut lelaki itu lagi, dia sebenarnya sudah lama mahu berpisah sejak zaman pertunangan namun membatalkan hasrat tersebut kerana memikirkan keluarga.

Lelaki tersebut turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan dipercayai antara dirinya dan isteri yang mengandungi kata-kata kesat serta penghinaan.

Malah, dia turut mendakwa pernah pergi ke mahkamah kerana sudah tidak tahan dengan tekanan mental yang dialami sepanjang perkahwinan mereka.
Dalam satu lagi perkongsian, lelaki itu memaklumkan dia masih bertahan demi anak lelakinya yang dikatakan sangat rapat dengannya.
Setiap kali nak tidur mesti akan cari saya, sebab ni la saya akan bertahan.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata bersimpati selain berharap pasangan itu dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan cara terbaik.
Pssttt! Dalam sesebuah rumah tangga, komunikasi dan saling menghormati memang sangat penting. Bila hubungan dah mula dipenuhi hinaan dan tekanan emosi, ia boleh beri kesan besar bukan saja kepada pasangan tetapi juga anak-anak. Harap kedua-dua pihak dapat cari jalan terbaik demi masa depan keluarga mereka.
Kredit: Thread @nasibbadan5
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM