Trending
Perdana Menteri Umum Bantuan RM200 Sehektar Untuk 240,000 Pesawah
Kerajaan umum bantuan RM200 sehektar kepada 240,000 pesawa.
Kerajaan MADANI hari ini bersetuju menyalurkan wang pendahuluan RM200 sehektar kepada kira-kira 240,000 pesawah berdaftar di seluruh negara.
Menurut laporan Harian Metro, langkah ini diambil bagi membantu pesawah menampung kos awal pembajakan, terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan perkara ini dikatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RM48 juta diperuntukkan untuk pesawah

Menurut beliau, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM48 juta.
Ini kerana mereka terpaksa sewa mesin pembajakan… jadi, program pembajakan itu mesti diteruskan tetapi mereka perlukan modal.
Oleh itu, kita berpendapat lebih baik diberikan pendahuluan RM200 supaya mereka boleh terus bergerak menjalankan kegiatan penanaman padi.
Kerajaan juga mengambil kira kenaikan kos bahan api dan input pertanian, yang semakin membebankan pesawah ketika ini.
Kerajaan amat prihatin terhadap cabaran semasa yang dihadapi pesawah susulan kenaikan kos…
Bantuan pembajakan turut dinaikkan

Sebelum ini, Menteri Pertanian, Mohamad Sabu telah mengumumkan kenaikan kadar bantuan pembajakan daripada RM160 kepada RM300 sehektar.
Langkah ini dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan untuk memastikan sektor pertanian terus bertahan, khususnya dalam menghadapi krisis bekalan global.
Pssttt! Hargai usaha pesawah yang memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup. Sokongan berterusan amat penting demi kelangsungan sektor ini.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM