Connect with us

Oh! Media

Hamas Tolak Desakan Lucut Senjata, Dakwa Lindungi Rakyat Palestin

Ohmedia hamas palestin

Oh! Tidak

Hamas Tolak Desakan Lucut Senjata, Dakwa Lindungi Rakyat Palestin

Hamas tolak lucut senjata dan anggap ia ancaman kepada rakyat Palestin serta beri kelebihan kepada Israel.

Disebalik isu perang yang berlaku di Iran ketika ini, kita jangan lupa yang haram jadah Israel masih menyerang wilayah Palestin. Terbaru, pejuang Hamas menegaskan mereka tidak akan melucutkan senjata.

Perkara ni jadi perhatian dunia sebab ia melibatkan keselamatan rakyat Palestin sendiri.

Kenyataan ni dibuat dalam keadaan konflik masih belum reda sepenuhnya. Malah, Hamas anggap desakan tersebut boleh memberi ruang kepada Israel untuk terus bertindak lebih agresif.

IKLAN

Hamas tolak desakan lucut senjata

Sayap bersenjata Hamas, iaitu Briged Al-Qassam, menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan melucutkan senjata seperti yang didesak. Mereka berpendapat tindakan itu hanya akan melemahkan pertahanan Palestin.

Jurucakapnya, Briged Al Qassam melalui wakilnya, Abu Obeida menegaskan bahawa isu pelucutan senjata tidak patut dibincangkan buat masa ini.

Anggap beri kelebihan kepada Israel

Menurut Hamas, desakan lucut senjata ini dilihat sebagai satu strategi yang boleh membuka jalan kepada Israel untuk terus melakukan serangan ke atas rakyat Palestin.

Mereka percaya jika senjata dilepaskan terlalu awal, ia akan menyebabkan Palestin hilang keupayaan untuk mempertahankan diri dalam konflik yang masih belum selesai.

Sebarang perbincangan mengenai pelucutan senjata sebelum Israel melaksanakan sepenuhnya fasa pertama gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) adalah tidak boleh diterima.- Katanya.

Pssttt! Isu macam ni memang sensitif dan melibatkan nyawa ramai orang. Semoga Palestin Merdeka dan haram jadah Israel hancur buat selamanya. Amin

Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas