Connect with us

Oh! Media

Donald Trump Arah Arab Saudi Iktiraf Haram Jadah Israel Demi Perjanjian Nuklear

Ohmedia amerika syarikat arab saudi

Oh! Negara

Donald Trump Arah Arab Saudi Iktiraf Haram Jadah Israel Demi Perjanjian Nuklear

Trump letak syarat Arab Saudi perlu iktiraf Israel sebelum perjanjian nuklear dengan AS dapat diteruskan.

Trump sekali lagi mencetuskan perhatian dunia apabila meletakkan syarat baharu terhadap perjanjian nuklear antara Amerika Syarikat dan Arab Saudi. Kali ini, syarat itu menyentuh isu yang cukup sensitif di Asia Barat.

Walaupun kedua-dua negara baru sahaja mengumumkan perjanjian nuklear awam, Donald Trump menegaskan ia hanya akan diteruskan jika Arab Saudi bersetuju mengiktiraf Israel melalui Perjanjian Abraham.

Donald Trump letak syarat baharu

Ohmedia lembu Donald Trump

Trump membuat kenyataan itu menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya dengan menyatakan perjanjian berkenaan hanya akan diluluskan jika Arab Saudi menyertai Perjanjian Abraham.

IKLAN

Syarat itu mengejutkan banyak pihak kerana perkara tersebut tidak dinyatakan ketika perjanjian nuklear diumumkan sehari lebih awal.

Sebelum ini, Arab Saudi konsisten dengan pendirian bahawa hubungan diplomatik dengan Israel hanya boleh dipertimbangkan jika terdapat laluan ke arah penubuhan negara Palestin.

Rumah Putih sahkan pendirian Trump

Ohmedia donald trump askar

Rumah Putih memaklumkan bahawa syarat itu sebenarnya telah dibincangkan bersama pihak Arab Saudi sebelum ini.

Presiden sentiasa menjadi penentu muktamad sesuatu perjanjian. Beliau telah menyatakan bahawa jika mereka tidak menyertai Perjanjian Abraham, maka perjanjian itu terbatal.- Katanya.

Setakat ini, Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung syarat baharu tersebut.

Pakar ragu Arab Saudi akan ubah pendirian

Kredit Foto Janaan AI

Felo Kanan Bersekutu di Royal United Services Institute, H A Hellyer berpendapat usaha Washington memaksa Arab Saudi menormalisasikan hubungan dengan Israel berkemungkinan sukar menjadi kenyataan.

Adakah Arab Saudi akan mengubah pendirian secara drastik selepas apa yang diumumkannya sejak tiga atau 30 tahun lalu? Saya sangat meraguinya.- Katanya.

Perjanjian nuklear itu kini akan dibawa ke Kongres Amerika Syarikat untuk semakan, manakala beberapa pihak turut menyuarakan kebimbangan ia boleh mencetuskan perlumbaan senjata nuklear di Asia Barat.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas