Trending
Iran Didakwa Musnahkan Radar THAAD AS Bernilai RM1.1 Bilion, Penganalisis Anggap Serangan Paling Berjaya Setakat Ini
Iran didakwa musnahkan radar THAAD AS bernilai RM1.1 bilion di Jordan, penganalisis anggap antara serangan paling berjaya.
Situasi konflik di Timur Tengah terus memanas apabila Iran dilaporkan berjaya melumpuhkan salah satu komponen penting sistem pertahanan peluru berpandu milik Amerika Syarikat.
Menurut laporan Sinar Harian yang diambil dari Bloomberg, radar AN/TPY-2 yang digunakan dalam Sistem Pertahanan Antipeluru Berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Pangkalan Udara Muwaffaq Salti, Jordan didakwa telah dimusnahkan dalam serangan pada peringkat awal konflik.
Serangan Iran dianggap antara paling berjaya

Imej satelit menunjukkan radar THAAD bernilai AS$300 juta (RM1.1 bilion) telah musnah akibat serangan tersebut.
Radar ini memainkan peranan penting dalam membantu sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat beroperasi di rantau Teluk.
Perkara itu turut dipetik oleh Bloomberg melalui seorang pegawai Amerika Syarikat yang mengesahkan kerosakan sistem tersebut.
Timbalan Pengarah Pusat Kuasa Ketenteraan dan Politik di Yayasan Pertahanan Demokrasi (FDD), Ryan Brobst berkata:
Serangan Iran ke atas radar THAAD ini akan menjadi salah satu serangan paling berjaya Iran setakat ini.
Menurut beliau lagi, Amerika Syarikat dan sekutunya masih mempunyai radar lain yang boleh memberikan perlindungan terhadap ancaman udara dan peluru berpandu.
Namun kehilangan satu radar utama seperti ini tetap memberi kesan taktikal yang besar kepada sistem pertahanan keseluruhan.
Kehilangan radar beri kesan kepada pertahanan peluru berpandu
Imej satelit komersial yang dipetik CNN turut menunjukkan radar AN/TPY-2 serta peralatan sokongan milik RTX Corp yang digunakan oleh sistem THAAD Amerika Syarikat telah dimusnahkan di pangkalan udara Jordan itu pada awal peperangan.
Kehilangan radar tersebut kemudiannya disahkan oleh pegawai Amerika Syarikat.
Data daripada FDD turut merekodkan dua serangan Iran dilaporkan berlaku di Jordan iaitu pada 28 Februari dan 3 Mac.
Walaupun serangan awal dikatakan berjaya dipintas, kemusnahan radar THAAD ini menunjukkan perubahan taktikal yang ketara dalam konflik berkenaan.
Sistem THAAD sebelum ini berfungsi memintas peluru berpandu pada ketinggian atmosfera dan mampu menangkis ancaman yang lebih kompleks berbanding bateri sistem Patriot.
Dengan radar AN/TPY-2 yang kini musnah, sistem pertahanan peluru berpandu dijangka lebih bergantung kepada sistem Patriot, sedangkan misil PAC-3 yang digunakan sudah sedia terhad.
Sebelum ini, radar AN/FPS-132 di Qatar yang merupakan radar pemasangan tetap dan berbeza daripada sistem THAAD yang mudah alih turut dilaporkan mengalami kerosakan akibat serangan Iran.
Sistem bernilai AS$1.1 bilion (RM4.3 bilion) itu direka sebagai radar amaran awal bagi mengesan ancaman jarak jauh, namun tidak setepat radar yang digunakan untuk kawalan tembakan.
Gabungan kemusnahan ini menunjukkan usaha sistematik Iran untuk melumpuhkan sensor yang menjadi ‘mata’ kepada sistem pertahanan di rantau Teluk.
Pssttt! Jika laporan ini benar, ia menunjukkan peperangan moden kini tidak lagi hanya bergantung kepada senjata, tetapi juga kepada keupayaan melumpuhkan sistem pengesanan musuh. Apabila ‘mata’ pertahanan berjaya ditutup, keseluruhan sistem pertahanan boleh menjadi lemah dan membuka ruang kepada serangan yang lebih besar.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM