Oh! Artis
Tiada ‘Content’ Dengan Suami, Netizen Syak Rumahtangga Bergolak, Ini Respon Norreen
Norreen tegaskan tak mahu lagi jawab soalan netizen mengenai rumahtangga.
Sejak kebelakangan ini, rumahtangga selebriti media sosial Norreen Iman diperkatakan apabila beliau tidak lagi menghasilkan content dengan suami.
Netizen tertanya-tanya status rumahtangga sehingga ada yang membuat spekulasi sendiri. Tampil menjawab tuduhan itu, Norreen menerusi hantaran di Thread berkongsi gambarnya di sisi suami.
“Saya baik-baik je, doakan kebahagiaan saya”
Dia menegaskan tidak mahu lagi menjawab sebarang persoalan daripada netizen tentang kehidupan peribadinya.

Sebaliknya, Norreen memilih untuk hanya berkongsi apa yang dia mahu tunjuk dan nikmati hidup mengikut caranya sendiri.
No more question. I will show you what I want to show you. I live my life like I want to. Im good. Just pray for my happiness because thats what i do to make you happy with my videos. Love yall.
Menerusi perkongsian sama, Norreen juga dilihat menghargai peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya.
Katanya, kebahagiaan dirinya turut disalurkan melalui video yang dibuat untuk menghiburkan penonton.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM