Connect with us

Oh! Media

Rumah Tangga Norreen Iman Didakwa Bergolak, Tuan Badan Akhirnya Bersuara

Ohmedia norreen Iman

Trending

Rumah Tangga Norreen Iman Didakwa Bergolak, Tuan Badan Akhirnya Bersuara

Norreen Iman enggan kongsi hal rumah tangga di media sosial, netizen mula buat spekulasi.

Rumah tangga pelakon, Norreen Iman mula menjadi bualan netizen apabila timbul dakwaan mengatakan dia dan suami, Razzi Razak sudah tidak lagi bersama.

Namun ketika ditanya, Norreen menjelaskan bahawa dia kini lebih memilih untuk menjaga privasi keluarga dan enggan lagi berkongsi hal peribadi secara terbuka.

“Biar kita jelah yang tahu” – Norreen Iman

Menerusi laporan Astro Gempak, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata yang keputusannya bukan disebabkan ada pergolakan rumah tangga, sebaliknya demi menjaga ketenangan dan kebahagiaan diri serta ahli keluarga.

IKLAN

Mungkin bermula tahun ni saya tak tunjuk kebahagiaan, biarlah saya happy dengan cara saya sendiri. Hal kita dalam rumah, biar kita jela yang tahu.

Norreen turut menjelaskan, kegembiraan yang terlalu ditonjolkan kadangkala mengundang pandangan negatif dan rasa kurang senang daripada orang luar.

Netizen mula buat andaian

Norreen

Tindakan Norreen yang tidak lagi memuat naik gambar atau konten bersama suami sejak kebelakangan ini menimbulkan pelbagai spekulasi. Namun dia tegas menafikan perkara itu sebagai petunjuk masalah dalam rumah tangga mereka.

Kalau tak post suami, tak bermakna rumah tangga saya bergolak.

Dalam masa yang sama, Norreen turut berharap agar orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja untuk dirinya dan keluarga.

Pssttt! Tak semua benda perlu dijadikan tontonan umum. Kadang-kadang, bahagia itu lebih indah bila disimpan dan dinikmati dalam diam.

Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas