Tak padan dengan teaser! Itulah sindiran pedas Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari terhadap pengumuman khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
Beliau menyifatkan pengumuman yang digembar-gemburkan selama seminggu itu sekadar berakhir dengan bantuan tunai one-off RM100 yang tiada impak besar kepada rakyat.
Ahmad Fadhli membidas pengumuman lain dianggap biasa yang boleh diumumkan bila-bila masa je tanpa ‘teaser’ khas.
Dakwanya, kerajaan terpaksa mengumumkan bantuan segera demi mengurangkan kemarahan rakyat menjelang himpunan yang bakal berlangsung 26 Julai ini.
Beliau turut mempertikaikan logik pengumuman penurunan harga petrol RON95 sebanyak enam sen yang menurutnya tidak sesuai dilakukan secara siaran langsung di kaca TV.
Umpamanya, tidaklah padan dengan teaser yang ditayangkan seminggu sudah seolah-olah filem pecah panggung, rupanya filem cap ayam menggunakan software ciplak untuk proses editing.
Kos pesawah masih terbeban, siapa sebenarnya untung?
Menyentuh isu harga lantai padi, Ahmad Fadhli mendakwa bahawa pesawah tidak merasai manfaat kerana kos diesel, baja dan jentera yang semakin meningkat.
Dakwanya lagi, apa yang berlaku hanya memberi keuntungan kepada tauke, bukan petani.
Pssttt! Adakah rakyat bersetuju dengan pandangan ini atau adakah bantuan RM100 itu sebenarnya melegakan beban?
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini:
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM