Oh! Tidak
Anes Ayunie Nafi Jual Dadah, Dedah Berniaga Dari Sekolah Dan Buat Jualan RM40 Juta
Founder dari Kelantan, Anes Ayunie buat laporan polis selepas dituduh jual dadah.
Bila seseorang itu berjaya di usia muda, pasti ada yang mempertikai dan membuat andaian sendiri.
Begitulah yang dialami oleh usahawan muda, Anes Ayunie apabila dituduh menjual dadah membuatkan dia kaya raya.
Difahamkan, tuduhan ini timbul susulan tangkapan terhadap usahawan kosmetik Kelantan yang ‘kantoi’ menjual pil kuda.
BACA: Polis Kelantan Sahkan Akan Ada Tangkapan Baru Melibatkan Founder Kosmetik, Ada Dah Lari!
Terbaru, Ayunie tampil membuat laporan polis menafikan dakwaan yang dibuat netizen terhadapnya. Dalam satu hantaran video, bekas adik ipar Iqbal Zulkefli ini mengatakan dia tidak akan berdiam diri lagi selepas kerap kali dituduh tanpa bukti.
“Kami berniaga sungguh-sungguh, tak perlu jual benda haram”
Dia turut berkongsi bahawa sejak sekolah lagi dia sudah aktif berniaga dan pada usia 18 tahun, dia berjaya mencatat jualan sebanyak RM40 juta menerusi produk Vitamilk.
Walaupun berdepan tuduhan berat, Ayunie tetap tenang dan mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang terlibat.
Katanya, dia tidak takut, cuma kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang mudah menghukum.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM